Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language

Formosa Dream Chasers - Programs - RTI Radio Taiwan International-logo

Rancangan
| Sekilas
Kategori
Penyampai Jadual Rancangan
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web
Sing Yee

Sing Yee

Penyampai

Sing Yee dilahirkan di Taiping, Perak dan berpindah rumah sejak kecil. Namun jika ditanya asal-usulnya, Sing Yee biasanya memperkenalkan diri berasal dari Pulau Pinang kerana Pulau Pinang adalah tempat Sing Yee mendapatkan pendidikan rendah dan menengah.

Sing Yee merupakan graduan dari Universiti Malaya dan National Taiwan Normal University dalam bidang pendidikan. Walaupun Sing Yee seorang bekas guru, minat bidang Sing Yee tidak tersekat dalam bidang pendidikan, minat bidang sekarang merangkumi budaya, pendidikan, perkembangan masyarakat serta pelancongan. 

 

 

Rancangan Penyampai
Suara Jelita
Suara Jelita
Selamat datang ke 'Suara Jelita' di Rti Bahasa Melayu. Hari ini kami meraikan semangat wanita yang bersemangat melalui topik yang memberi inspirasi. Kami akan menikmati citarasa unik Taiwan, menyelami keseronokan masakan yang menceritakan kisah budaya dan daya tahan. Kami juga akan menyerlahkan tradisi perayaan Taiwan, daripada perayaan berwarna-warni ke perayaan budaya yang menyatukan masyarakat. Di samping itu, kami bincangkan kuasa lembut Taiwan—bagaimana pengaruh budaya dan kehadiran globalnya memperkasakan dan memberi inspirasi di pentas dunia. Ini adalah 'Suara Jelita,' di mana setiap cerita adalah mercu inspirasi.  
Waktu Siaran: Setiap Hari Jumaat
Rancangan Bahasa Melayu
Jom Borak Santai Pendidikan
Selamat datang ke jom borak santai pendidikan. Di sini kami akan berbincang  dan berbual apa yang berkaitan dengan pendidikan di Taiwan bukan sahaja isu atau segala hal berkaitan dengan pendidikan tinggi, juga isu pendidikan di dalam dan di luar sistem pendidikan. Taiwan telah mengalami reformasi pendidikan sejak 1990an, isu terbangkit termasuk kolej komuniti, pendidikan di luar darjah, pendidikan seumur hidup,  penaikan taraf kolej ke universiti teknologi, perubahan sistem kemasukan pendidikan tinggi, reformasi buku teks, reformasi kurikulum, project-based learning dan lain-lain lagi. Isu-isu ini yang terbangkit menjadikan situasi pendidikan di Taiwan berubah mengikut pembangunan masyarakat Taiwan. Jomlah mengikuti kami untuk mendengar tentang pelbagai isu yang berlaku di Taiwan dan memahami tanah ini dari perspektif pendidikan.     

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解