Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

China Airlines Umumkan Wi-Fi Percuma di Semua Kelas dan Laluan bagi Tiga Jenis Pesawat Bermula Ogos

09/07/2025 16:19
Editor: Winnie Lee
China Airlines (Foto: CNA)
China Airlines (Foto: CNA)

China Airlines hari ini (9 Julai) mengumumkan bahawa bermula 1 Ogos 2025, semua penumpang yang menaiki pesawat jenis Boeing 777、Airbus A350 dan A321neo akan menikmati kemudahan Wi-Fi percuma di semua laluan dan kelas penerbangan. Inisiatif ini menjadikan China Airlines sebagai syarikat penerbangan pertama di Taiwanyang menawarkan pengalaman internet percuma dalam pesawat kepada semua kelas kabin dan semua ahli program keahlian syarikat.

Pengumuman ini menyusul selepas langkah serupa oleh STARLUX Airlines dan EVA Air.

Menurut China Airlines, perkhidmatan Wi-Fi percuma ini meliputi semua laluan jarak jauh dan serantau yang dikendalikan oleh pesawat 777、A350 dan A321neo. Penumpang Kelas Perniagaan Mewah dan Kelas Ekonomi Premium akan menikmati layanan pelayaran internet tanpa had. Sementara itu, penumpang Kelas Ekonomi  boleh menghantar mesej teks percuma melalui aplikasi pemesejan seperti LINE dan Messenger.

Bagi ahli program keahlian Dynasty Flyer , mereka yang memegang status Emerald, Jade dan Gold, akan menikmati akses penuh dan tanpa had ke pelayaran internet, tanpa mengira kelas tempat duduk.

China Airlines menyatakan bahawa mereka telah melabur dalam peningkatan peralatan rangkaian dalam pesawat, bagi membolehkan para penumpang terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan atau mengikuti perkembangan semasa sepanjang perjalanan. Selain itu, pesawat Boeing 737-800(738) telah dilengkapi dengan sistem hiburan Fantasy Sky Wireless In-flight Entertainment, di mana penumpang boleh menikmati filem, rancangan TV, muzik dan maklumat penerbangan menerusi peranti pintar peribadi. Pihak syarikat juga merancang untuk memperluaskan perkhidmatan ini kepada pesawat A330 pada masa akan datang.

Sebagai perbandingan, STARLUX Airlines kini menyediakan Wi-Fi percuma penuh kepada penumpang Kelas Pertama, Kelas Perniagaan, dan Kelas Ekonomi Premium, manakala penumpang Kelas Ekonomi menikmati penghantaran mesej teks percuma sepanjang penerbangan. EVA Air pula menyediakan Wi-Fi percuma kepada semua penumpang dari Julai hingga September. Bermula Oktober, hanya penumpang Kelas Perniagaan atau ahli program Infinity MileageLands yang akan terus menikmati pelayaran internet atau mesej teks tanpa had secara percuma.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解