Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Thailand–Kemboja Setuju Gencatan Senjata Tanpa Syarat, Berkuat Kuasa Tengah Malam 28 Julai.

29/07/2025 00:00
Editor: Eric Yong
Thailand–Kemboja Setuju Gencatan Senjata Tanpa Syarat ( Foto Arkib – Sumber Lain/ Imej janaan AI)
Thailand–Kemboja Setuju Gencatan Senjata Tanpa Syarat ( Foto Arkib – Sumber Lain/ Imej janaan AI)

Thailand dan Kemboja telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat bermula tengah malam 28hb Julai, bagi menamatkan konflik paling dahsyat antara kedua-dua negara dalam tempoh lebih sedekad.

Persetujuan tersebut dicapai semasa rundingan yang berlangsung di Malaysia dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Pengerusi Bergilir ASEAN. Dalam sesi sidang media bersama, Anwar mengesahkan bahawa kedua-dua negara akan “segera melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat mulai tengah malam. Ini adalah keputusan muktamad.”

Konflik yang tercetus sejak lima hari lalu menyaksikan kedua-dua negara saling menyalahkan atas serangan rentas sempadan di kawasan sepanjang 817 kilometer. Serangan merangkumi bedilan meriam dan serangan udara oleh pihak Thailand yang telah memperburuk keadaan di kawasan sempadan.

Susulan insiden tersebut, Anwar mencadangkan agar kedua-dua pihak melaksanakan rundingan damai. Amerika Syarikat dan China turut menawarkan diri sebagai orang tengah. Presiden AS, Donald Trump, telah menghubungi pemimpin kedua-dua negara hujung minggu lalu, menekankan keperluan mencari penyelesaian dan memberi amaran bahawa tiada perjanjian perdagangan akan dilaksanakan jika konflik tidak dihentikan.

Gencatan senjata ini diharap menjadi titik tolak kepada pemulihan hubungan diplomatik dan kestabilan serantau selepas ketegangan yang berlarutan sekian lama.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解