Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Kadar Sementara Tarif Balas Taiwan Meningkat, Dolar Taiwan Merosot Melepasi Paras 30

02/08/2025 02:00
Editor: Eric Yong
Kadar tarif sementara Taiwan yang diumumkan menjelang pelaksanaan tarif balas Amerika Syarikat telah mencetuskan keresahan dalam pasaran kewangan, menyumbang kepada kejatuhan nilai dolar Taiwan yang melepasi paras 30 unit berbanding dolar AS. Pada penutupan dagangan hari ini, dolar Taiwan ditutup pada kadar 30.025 unit, susut sebanyak 1.09 sen, menandakan paras terendah baharu dalam tempoh lebih dua bulan. (Sumber foto: CNA)
Kadar tarif sementara Taiwan yang diumumkan menjelang pelaksanaan tarif balas Amerika Syarikat telah mencetuskan keresahan dalam pasaran kewangan, menyumbang kepada kejatuhan nilai dolar Taiwan yang melepasi paras 30 unit berbanding dolar AS. Pada penutupan dagangan hari ini, dolar Taiwan ditutup pada kadar 30.025 unit, susut sebanyak 1.09 sen, menandakan paras terendah baharu dalam tempoh lebih dua bulan. (Sumber foto: CNA)

Pada saat-saat akhir sebelum pelaksanaan tarif balas oleh Amerika Syarikat, Taiwan mengumumkan 'kadar sementara' yang lebih tinggi berbanding Jepun dan Korea Selatan. Suasana pasaran dilanda kebimbangan, ditambah pula dengan lonjakan ketara indeks dolar AS, menyebabkan dolar Taiwan merosot teruk melepasi paras psikologi 30 unit. Pada penutupan dagangan pada 1 Ogos, kadar ditutup pada 30.025 unit, susut sebanyak 1.09 sen, mencatatkan paras terendah baharu dalam lebih dua bulan. Jumlah dagangan keseluruhan di pasaran pertukaran asing Taipei dan Cosmos Foreign Exchange Intl. Co. Ltd (元太) melonjak kepada USD 1.7955 bilion.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah menandatangani perintah eksekutif mengenai pelaksanaan tarif balas. Berdasarkan kadar yang dikemas kini dan diumumkan oleh Rumah Putih, Taiwan dikenakan tarif sementara sebanyak 20 peratus, kadar yang lebih tinggi berbanding Korea Selatan dan Jepun.

Presiden Taiwan, Lai Ching-te (賴清德), dalam satu sidang media pagi ini menjelaskan bahawa kadar 20 peratus itu hanyalah bersifat sementara dan ia boleh disemak semula sekiranya kedua-dua pihak mencapai persetujuan muktamad.

Ketidaktentuan ini turut memberi kesan kepada pasaran saham Taiwan. Indeks saham dibuka rendah dan sempat jatuh sebanyak 374 mata dalam sesi pagi sebelum menutup dagangan dengan susut 108.14 mata, berakhir pada 23,434.38 mata.

Nilai dolar Taiwan dibuka pada kadar 29.95 unit, namun dalam masa hanya 30 minit, telah menembusi paras psikologi 30 unit, mencecah serendah 30.044 unit berikutan lonjakan indeks dolar AS yang melebihi paras 100, disertai dengan tekanan daripada pelaksanaan tarif.

Penganalisis mata wang berkata penurunan berterusan mata wang Taiwan sejak Julai adalah kesan awal daripada jangkaan tarif tersebut. Walaupun kadar diumumkan melebihi jangkaan, keyakinan pasaran masih terkawal kerana kerajaan menekankan status sementara tarif tersebut.

Mata wang Taiwan menutup minggu ini dengan penurunan sebanyak 5.65 sen atau 1.88 peratus, mencatatkan empat minggu berturut-turut penurunan. Bagaimanapun, kemerosotan nilai tersebut meningkatkan kecenderungan eksport untuk menukarkan mata wang, sekali gus dijangka memberi sokongan kepada kadar pertukaran dan mendorong kepada corak dagangan yang lebih stabil dalam masa terdekat.

 

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解