Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Jualan tiket THSR untuk 3 cuti panjang, lebih 460 ribu tiket terjual dalam 8 jam

29/08/2025 12:28
Editor: Sing Yee
Gambar menunjuukan THSR. Gambar: CNA
Gambar menunjuukan THSR. Gambar: CNA

Syarikat Keretapi Laju Taiwan (THSR) hari ini (29hb) pada awal pagi mula menjual tiket untuk tiga cuti panjang iaitu Hari Guru, Perayaan Pertengahan Musim Luruh, dan Hari Kebangsaan, meliputi tempoh 18 hari. Bagi menghadapi keperluan ini, syarikat telah memperkukuh sistem perisian dan perkakasan lebih awal. Menurut statistik, sehingga jam 8 pagi, lebih daripada 460,000 tiket telah berjaya ditempah.

Bagi memenuhi permintaan penjualan tiket serentak bermula jam 12 tengah malam tadi, yang merangkumi operasi 18 hari pengangkutan cuti panjang (26 September hingga 13 Oktober), THSR menyatakan bahawa kapasiti sistem tiket telah dipertingkatkan. Kini ia boleh menampung sehingga 38,000 orang dalam talian pada masa yang sama, berbanding hanya 22,000 orang ketika jualan tiket bagi cuti Tahun Baru Cina tahun ini, peningkatan sebanyak kira-kira 1.7 kali ganda.

THSR juga menjelaskan bahawa mereka menambah kakitangan khas sejak malam semalam (28hb) hingga awal pagi ini untuk memantau keadaan penjualan tiket sepenuhnya, bagi memastikan kestabilan sistem dan kelancaran proses tempahan.

Menurut statistik, dalam masa hanya 4 minit selepas tempahan dibuka pada awal pagi tadi, lebih 65,000 tiket telah berjaya ditempah. Dalam tempoh 12 minit, angka itu meningkat kepada lebih 170,000 tiket, manakala selepas 22 minit, jumlah tempahan mencecah kira-kira 291,000 tiket. Selepas 32 minit jualan, sebanyak lebih 354,000 tiket telah pun ditempah.

THSR menjelaskan bahawa selepas kira-kira setengah jam pembukaan jualan, keadaan tempahan yang sangat tinggi mula beransur reda. Dalam masa 1 jam sahaja, sebanyak lebih 424,000 tiket berjaya ditempah dengan lancar, dan sistem berfungsi sepenuhnya tanpa gangguan. Sehingga jam 8 pagi, jumlah tempahan keseluruhan telah melebihi 460,000 tiket.

Memandangkan tahun ini buat kali pertama terdapat tiga minggu berturut-turut operasi pengangkutan cuti panjang, THSR menyatakan bahawa pihaknya merancang penjualan tiket secara serentak agar penumpang dapat merancang perjalanan dengan lebih fleksibel. Pada masa yang sama, mereka turut menawarkan promosi “Early Bird 50% Off” yang merupakan diskaun paling besar setakat ini untuk perjalanan pada waktu bukan puncak. THSR menggesa penumpang agar memanfaatkan tawaran ini bagi menikmati perjalanan kereta api laju yang lebih selesa dan berbaloi pada waktu bukan puncak.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解