Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Bekas Perdana Menteri UK Boris Johnson tulis artikel tentang keselamatan Taiwan, dipuji oleh ahli parlimen Taiwan dari kedua-dua parti

08/09/2025 14:01
Editor: Aimei
Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson (Foto: Wartawan CNA Wang Zhao Kun)
Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson (Foto: Wartawan CNA Wang Zhao Kun)

Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, pada 6 haribulan menulis sebuah artikel di media UK, menyatakan bahawa “jika konflik meletus di Selat Taiwan, beliau yakin rakyat Taiwan akan bangkit melawan, dan mereka tidak akan berjuang bersendirian”.

Ahli Parlimen DPP, Chung Chia-pin鍾佳濱, berpendapat kenyataan Johnson secara tidak langsung menyampaikan komitmen negara-negara sekutu demokrasi terhadap pertahanan keselamatan Taiwan. Manakala Ahli Parlimen KMT, Lee Yen-hsiu李彥秀, pula menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan memberi manfaat kepada seluruh dunia, dan juga merupakan kepentingan bersama negara-negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Pada awal Ogos lalu, Boris Johnson pernah melawat Taiwan. Dalam artikel opininya yang diterbitkan oleh Daily Mail bertajuk “Saya berbual dengan anak muda Taiwan ini, mereka rela mengorbankan nyawa untuk menghalang China mencekik nadi teknologi Barat”, beliau menyatakan bahawa jika China menguasai Taiwan, ia bersamaan dengan mengawal nadi teknologi terpenting abad ke-21, selain dapat menembusi “rantai pulau pertama” antara Jepun dan Filipina. Johnson yakin rakyat Taiwan pasti akan bangkit melawan, dan Taiwan tidak akan bersendirian.

Berhubung hal ini, Chung Chia-pin pada 8 haribulan berkata, artikel Johnson menekankan bahawa dunia sedar tentang kepentingan Taiwan. Tambahan pula, dengan perjanjian keselamatan tiga hala AUKUS (Australia, UK, AS), maka UK, AS dan Australia akan berada di barisan yang sama bagi memastikan keselamatan aset penting seperti semikonduktor.

Beliau menambah, kenyataan Johnson bahawa “jika konflik berlaku, rakyat Taiwan akan melawan, dan mereka tidak akan sendirian” bermaksud: rakyat Taiwan akan mempertahankan tanah air mereka, dan oleh itu negara-negara Barat akan memberi sokongan. Dua perkara ini saling melengkapi dan secara tidak langsung mencerminkan komitmen sekutu demokrasi terhadap keselamatan Taiwan.

Ahli Parlimen KMT, Lee Yen-hsiu, pula berterima kasih atas sokongan Johnson terhadap Taiwan. Beliau menekankan bahawa rakyat Taiwan sanggup berjuang mempertahankan demokrasi, kebebasan serta maruah kedaulatan Republik China. Menurutnya, “perang tiada pemenang, keamanan tiada yang kalah”, dan “keutamaan moral tidak pernah sunyi, pasti ada sahabat”. Beliau menegaskan bahawa keamanan dan kestabilan rantau Asia-Pasifik serta keamanan Selat Taiwan membawa manfaat kepada seluruh dunia, dan merupakan kepentingan bersama AS, UK, Jepun, dan negara-negara lain.

Selain itu, Ahli Parlimen DPP Chen Kuan-ting menyatakan bahawa sekiranya Taiwan menghadapi ancaman peperangan, eksport produk teknologi tinggi pasti akan terjejas. Justeru, Taiwan perlu menggunakan saluran diplomatik untuk membina platform dengan pembuat dasar negara-negara berkepentingan bersama, serta mencapai konsensus untuk menumpukan sumber di rantau Indo-Pasifik bagi sama-sama menghadapi kebangkitan dan cabaran daripada China.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解