Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Taiwan Tubuh Kementerian Sukan Baharu, Presiden Harap Semarakkan Semangat “Team Taiwan”

09/09/2025 18:57
Editor: Eric Yong
Kementerian Sukan telah dirasmikan pada 9 September di Taipei. Dalam ucapan semasa majlis perasmian dan pelantikan rasmi, Presiden Lai Ching-te menyatakan bahawa kerajaan berhasrat untuk membina satu rantaian ekosistem sukan yang menyeluruh, agar setiap atlet dapat terus menyumbang pada pelbagai peringkat kehidupan mereka, mengejar impian, mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa, menyatukan rakyat, dan terus berbakti kepada dunia sukan walaupun selepas bersara. (Gambar menunjukkan Presiden Lai memberi tepukan semangat kepada arena sukan Taiwan semasa ucapannya.)

Taiwan mencatat sejarah baharu dalam pembangunan sukan negara dengan penubuhan rasmi Kementerian Sukan (運動部) pada 9 September bersempena Hari Sukan Kebangsaan. Majlis perasmian berlangsung di Dewan Sukan Universiti Nasional Taiwan (NTU), disempurnakan oleh Presiden Lai Ching-te (賴清德) dan Perdana Menteri Cho Jung Tai (卓榮泰).

Li Yang (李洋), pemenang dua ingat emas Olimpik dalam acara badminton, dilantik sebagai Menteri Sukan pertama. Beliau disertai oleh pasukan kepimpinan baharu termasuk bekas Ketua Agensi Sukan Cheng Shih-chung (鄭世忠) dan Pengarah Pusat Sains Sukan Negara Huang Chi-huang (黃啟煌) sebagai timbalan menteri.

Dalam ucapannya, Presiden Lai menekankan visi membina ekosistem sukan yang menyeluruh, di mana setiap atlet dapat menyumbang pada pelbagai peringkat kehidupan, dari mengejar impian di pentas antarabangsa hingga terus berbakti selepas bersara. Beliau turut menyatakan harapan agar rakyat Taiwan memiliki sekurang-kurangnya satu sukan sepanjang hayat untuk memperkukuh kesihatan dan kekuatan negara.

“Segala permulaan itu sukar,” kata Presiden Lai sambil berseloroh, “tetapi tiada yang lebih sukar daripada memenangi pingat emas Olimpik — apatah lagi dua kali!”

Presiden Lai turut mengimbau detik bersejarah semasa Kejohanan Besbol Dunia 12 Pasukan pada 2019, apabila pemain Chen Chieh-hsien (陳傑憲) menunjukkan isyarat “Team Taiwan” selepas melakukan pukulan kemenangan. “Itulah semangat Taiwan, semangat berpasukan yang menyatukan seluruh rakyat,” katanya.

Perdana Menteri Cho mengumumkan bahawa Kementerian Sukan akan menerima peruntukan sebanyak NT$24.8 bilion (anggaran RM38 bilion) pada tahun hadapan, sebagai bukti kesungguhan kerajaan dalam memajukan dasar sukan negara.

Kementerian Sukan akan beroperasi dengan struktur “satu kementerian, satu agensi, tiga pusat”, termasuk pusat pembangunan industri sukan yang akan memperkasa pembinaan fasiliti, kebajikan jurulatih, dan ekonomi sukan domestik.

Kerajaan menyeru seluruh rakyat Taiwan untuk bersama-sama menyokong pembangunan sukan dan menjadikan sukan sebagai kekuatan utama dalam membina masa depan negara.  (Disunting oleh: Song Wan-yuan (宋皖媛))

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解