Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Kebakaran di Loji Janakuasa Xingda, Kaohsiung Langkah Kecemasan Diambil Segera

09/09/2025 22:03
Editor: Eric Yong
Perdana Menteri Taiwan, Cho Jung Tai. (Gambar arkib / Foto: CNA)
Perdana Menteri Taiwan, Cho Jung Tai. (Gambar arkib / Foto: CNA)

Loji Janakuasa Xingda milik Taiwan Power Company (Taipower) (台電高雄興達電廠) di Kaohsiung dilaporkan mengalami kebakaran pada malam 9 September. Menurut kenyataan awal Taipower, insiden dipercayai berpunca daripada kebocoran gas LNG semasa ujian operasi mesin baharu No. 2. Api telah berjaya dipadam sepenuhnya dan semua kakitangan dilaporkan selamat.

Perdana Menteri Taiwan, Cho Jung Tai (卓榮泰), setelah menerima laporan insiden, segera mengarahkan Jabatan Bomba dan pasukan Taipower untuk melaksanakan langkah perlindungan serta mencegah kejadian daripada menjadi lebih serius. Beliau turut mengarahkan Kementerian Ekonomi dan Taipower untuk menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar dan memastikan keselamatan loji.

Pengerusi Taipower, Tseng Wen-sheng (曾文生), bersama pasukannya telah bergegas ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut dan memantau situasi secara langsung.

Taipower menjelaskan bahawa kebakaran berlaku semasa ujian operasi mesin baharu yang menggunakan gas asli. Pasukan bomba telah dimaklumkan serta-merta dan berjaya memadamkan api. Tiada kecederaan dilaporkan, dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca insiden.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解