Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Jaga Taiwan dengan Baik! Presiden Lai: Keamanan di Selat Taiwan adalah Elemen Penting bagi Keselamatan dan Kemakmuran Dunia

15/09/2025 15:05
Editor: Aimei
Pada 14 September 2025, Presiden Lai Ching-te (kiri) mengunjungi Tokong Shui Jing Fulong di Daerah Beitun, Bandar Taichung untuk bersembahyang dan memohon keberkatan.Presiden Lai menegaskan bahawa ancaman dari China bukanlah isu yang hanya dihadapi oleh Taiwan secara bersendirian, tetapi merupakan masalah bersifat antarabangsa. Beliau menyatakan bahawa Taiwan tetap perlu memikul tanggungjawab dan “memberitahu masyarakat antarabangsa bahawa kita bertekad untuk melindungi keselamatan negara.”
📸 Gambar oleh wartawan CNA, Hau Hsueh-ching
Pada 14 September 2025, Presiden Lai Ching-te (kiri) mengunjungi Tokong Shui Jing Fulong di Daerah Beitun, Bandar Taichung untuk bersembahyang dan memohon keberkatan.Presiden Lai menegaskan bahawa ancaman dari China bukanlah isu yang hanya dihadapi oleh Taiwan secara bersendirian, tetapi merupakan masalah bersifat antarabangsa. Beliau menyatakan bahawa Taiwan tetap perlu memikul tanggungjawab dan “memberitahu masyarakat antarabangsa bahawa kita bertekad untuk melindungi keselamatan negara.” 📸 Gambar oleh wartawan CNA, Hau Hsueh-ching

Presiden Lai Ching-te, yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Parti Demokratik Progresif (DPP), pada 14 September mengunjungi Changhua dan Taichung untuk bersembahyang serta mengadakan sesi dialog. Beliau menegaskan bahawa sejak beliau memegang jawatan, terdapat tiga misi utama: menghadapi ancaman dari China dengan berpasukan untuk “jaga Taiwan dengan baik”; melindungi keselamatan nyawa dan harta benda rakyat; serta menjaga periuk nasi 23 juta penduduk Taiwan.

Presiden Lai menekankan bahawa kini banyak kapal perang dari pelbagai negara berlayar melalui Selat Taiwan sebagai tanda keprihatinan terhadap rantau ini, kerana keamanan Selat Taiwan adalah faktor penting bagi keselamatan dan kemakmuran dunia.

Tiga Misi Utama

Dalam ucapannya di Kuil Fu’an di Changhua, beliau menyatakan:

  1. Menghadapi ancaman China – bersama pasukan pemerintah memastikan rakyat dan generasi mendatang boleh terus hidup serta berkembang di tanah ini.

  2. Melindungi keselamatan rakyat – dari zaman Presiden Tsai Ing-wen hingga pentadbirannya, Taiwan sentiasa menambah kekuatan pertahanan, meningkatkan bajet pertahanan, membuat pembelian ketenteraan dari luar, dan membangunkan industri pertahanan dalam negeri. Dengan itu, bukan sahaja keselamatan negara terjamin, malah ekonomi juga turut berkembang melalui transformasi industri asas.

  3. Menjaga ekonomi rakyat – memastikan periuk nasi 23 juta rakyat terpelihara, membangunkan ekonomi dengan lebih baik, dan menjadikan ekonomi Taiwan bukan sekadar kukuh tetapi juga cukup “berani”.

Strategi Ekonomi dan Global

Beliau mengkritik dasar lama pelaburan Taiwan yang terlalu tertumpu di China, seperti “meletakkan semua telur dalam satu bakul”. Kini strategi sudah berubah ke arah mempelbagaikan risiko. Menurutnya:
“Biarlah syarikat dan industri kita berakar di Taiwan, meluaskan jaringan ke seluruh dunia, dan memasarkan produk ke seluruh dunia. Kita mesti melangkah ke arena antarabangsa, menjana keuntungan global, dan menjadikan ekonomi kita bukan sahaja baik, malah berani.”

Beliau juga menambah, dalam tempoh 10 tahun terakhir, Taiwan menghadapi ancaman dari China tanpa pernah menyerah atau gentar. Malah, di bawah pentadbiran Tsai Ing-wen, kadar pertumbuhan ekonomi purata 3.2% — tertinggi dalam kalangan “Empat Harimau Asia”, melebihi Jepun, Amerika Syarikat, dan Kesatuan Eropah. Indeks pasaran saham Taiwan juga meningkat daripada lebih 8,000 mata kepada lebih 23,000 mata, kenaikan sebanyak 155%. Pada suku kedua tahun ini, kadar pertumbuhan ekonomi Taiwan mencecah 7.96%, lebih tinggi daripada China.

Sokongan kepada PKS dan Transformasi

Presiden Lai menegaskan sokongan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam menghadapi tarif Amerika Syarikat serta proses transformasi, termasuk ke arah sifar karbon dan pendigitalan. Kerajaan juga akan membantu PKS yang bersaing secara berasingan untuk bergabung dan memperkukuh daya saing, termasuk melalui insentif cukai.

Taiwan dalam Arena Antarabangsa

Lai menekankan bahawa Taiwan bukan sahaja perlu memastikan keselamatan negara dan pembangunan ekonomi, tetapi juga berdiri seiring dengan blok demokrasi antarabangsa. Walaupun ancaman China semakin meningkat, sokongan global terhadap Taiwan juga semakin kuat. Negara-negara Indo-Pasifik, Amerika Syarikat, Eropah, dan lain-lain menghantar kapal mereka melalui Selat Taiwan, menunjukkan bahawa rantau ini adalah laluan kebebasan berlayar serta kawasan strategik yang mendapat perhatian dunia.

Beliau menyatakan bahawa ancaman dari China bukanlah masalah yang ditanggung Taiwan seorang diri, tetapi merupakan isu antarabangsa. Oleh itu, Taiwan mesti menunjukkan kesungguhan untuk mempertahankan keselamatan negara serta bekerjasama dengan komuniti antarabangsa dalam mengekalkan keselamatan rantau Asia-Pasifik. Sepanjang 10 tahun ini, hubungan Taiwan dengan dunia dalam aspek pertahanan dan keselamatan semakin rapat.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解