Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Cuti Panjang Pesta Kuih Bulan dan Tanglung, Prihatin Terhadap Hualien – Presiden Lai Ucap Terima Kasih kepada 100 Ribu Sukarelawan Bantu Bencana

06/10/2025 20:53
Editor: Aimei
Presiden Lai Ching-te (hadapan, ketiga dari kiri), Ketua Bandar Hualien Hsu Chen-wei (hadapan, kedua dari kiri), dan Ketua Penyelaras Pusat Kecemasan Pusat, Chi Lien-cheng (hadapan, pertama dari kanan), pada hari Ahad meninjau kerosakan di Daerah Guangfu, Daerah Hualien. (Foto: CNA)
Presiden Lai Ching-te (hadapan, ketiga dari kiri), Ketua Bandar Hualien Hsu Chen-wei (hadapan, kedua dari kiri), dan Ketua Penyelaras Pusat Kecemasan Pusat, Chi Lien-cheng (hadapan, pertama dari kanan), pada hari Ahad meninjau kerosakan di Daerah Guangfu, Daerah Hualien. (Foto: CNA)

Presiden Lai Ching-te sepanjang cuti panjang Pesta Kuih Bulan bergegas ke Chiayi, Tainan dan Hualien untuk meninjau keadaan pemulihan pasca bencana. Hari ini (6hb), sempena hari lahirnya, beliau tiada jadual rasmi, tetapi melalui hantaran di Facebook, beliau menyatakan penghargaan kepada 100 ribu sukarelawan yang membantu operasi bencana. Beliau menegaskan kerajaan akan terus memberi bantuan sepenuhnya untuk pemulihan dan pembinaan semula di Tainan, Chiayi dan Hualien.

Presiden Lai berkongsi video lawatan beliau semalam (5hb), menyebut bahawa beliau “datang semula untuk meninjau”, melihat sejauh mana kerjasama antara kerajaan pusat dan tempatan dalam membantu mangsa membaiki serta membina semula kediaman mereka. Menurut tinjauan beliau, kebanyakan rumah sudah dibaiki, hanya sebahagian kecil masih dalam proses. Kerajaan pusat dan tempatan akan terus bekerjasama sehingga setiap rumah selesai diperbaiki agar penduduk dapat terus hidup di sini.

Beliau juga mengambil kesempatan ini untuk mewakili negara mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan yang datang ke Hualien, termasuk “wira penyodok”, “wira dapur”, “wira kenderaan”, “wira mobilisasi” dan juga pasukan elektrik serta air selepas bencana – semuanya sangat mengagumkan.

Presiden berkata, dalam cuti panjang tiga hari sempena Hari Guru, lebih 100 ribu orang datang membantu. Cinta kasih rakyat Taiwan amat dikagumi. Bukan sahaja rakyat tempatan, malah ada juga warga asing yang turut serta. Komuniti antarabangsa dapat melihat bagaimana Taiwan bersatu dan penuh kasih sayang ketika berdepan bencana – inilah yang menjadikan Taiwan dihormati.

Jurucakap Pejabat Presiden, Kuo Ya-hui, turut menulis di Facebook bahawa Presiden Lai telah ke Chiayi dan Tainan untuk memahami kemajuan pembaikan rumah yang rosak akibat taufan Danas; kemudian ke Daerah Guangfu, Hualien, meninjau kerja pengukuhan tebing Sungai Matai’an dan jambatan sementara. Selepas itu, beliau melawat Jalan Heping di Hualien bagi memastikan kawasan kediaman yang teruk terjejas telah beransur bersih dan pulih.

Menurut Kuo, ada penduduk yang menghadiahkan Presiden seketul batu yang istimewa, ditulis tangan dengan perkataan “Sayangi Taiwan”. Penduduk itu berkata beliau, sama seperti Presiden, “amat mencintai Taiwan”, lalu terhenti sebak di tengah percakapan. Ada juga penduduk yang berterima kasih kepada tentera, memberikan tepukan gemuruh kepada Menteri Pertahanan sambil berseru “sangat hebat!”. Keikhlasan serta rasa terima kasih yang penuh emosi ini mencerminkan sisi kemanusiaan Taiwan yang amat berharga.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解