Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Presiden Taiwan Temui Speaker Parlimen Paraguay, Seru Perkukuh Kerjasama Demi Pertahankan Demokrasi & Kebebasan

08/10/2025 16:14
Editor: Winnie Lee
Presiden Lai Ching-te (賴清德) menerima Speaker Dewan Perwakilan Paraguay, Raul Luis Latorre Martínez  beserta rombongannya pada 8 Oktober. (Gambar: Pejabat Presiden)
Presiden Lai Ching-te (賴清德) menerima Speaker Dewan Perwakilan Paraguay, Raul Luis Latorre Martínez beserta rombongannya pada 8 Oktober. (Gambar: Pejabat Presiden)

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ROC Taiwan, Presiden Lai Ching-te (賴清德)hari ini menerima kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Republik Paraguay, Raul Luis Latorre Martínez di Pejabat Presiden Republik China (Taiwan). Delegasi lintas parti itu hadir untuk menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Taiwan, yang menurut Presiden Lai menunjukkan penghargaan mendalam Parlimen Paraguay terhadap hubungan dua hala. Beliau menegaskan bahawa dalam menghadapi peluasan kuasa autoritarian, Taiwan dan Paraguay mesti berganding bahu untuk mempertahankan demokrasi serta kebebasan, dan bersama-sama menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran global.

Presiden Lai menyampaikan ucapan alu-aluan kepada Speaker Latorre dan rombongan, sambil menekankan bahawa kunjungan ini akan mempererat lagi hubungan diplomatik antara Taiwan dan Paraguay. Beliau turut berterima kasih kepada Speaker Latorre kerana sering menyuarakan sokongan terhadap Taiwan di pelbagai forum antarabangsa, dan kepada Parlimen Paraguay kerana konsisten mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap penyertaan Taiwan di arena global.

Presiden turut menyebut bahawa Presiden Paraguay Santiago Peña telah menyuarakan sokongan terbuka kepada Taiwan ketika sesi Perbahasan Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun ini, dengan menyatakan bahawa “melakukan perkara yang betul tidak ternilai harganya” dan “Taiwan patut mempunyai tempat di PBB”. Presiden Lai mewakili rakyat Taiwan menyampaikan penghargaan yang mendalam kepada kerajaan Paraguay.

Beliau turut menekankan bahawa di bawah sokongan kerajaan dan parlimen Paraguay, kedua-dua negara telah mencapai banyak kemajuan dalam bidang pendidikan, pertanian dan penternakan, infrastruktur serta pemberdayaan wanita. Kedua-dua negara juga akan terus memperkukuh kerjasama demi manfaat rakyat masing-masing.

Presiden Lai menambah, Taiwan dan Paraguay berkongsi nilai demokrasi dan kebebasan. Kedua-duanya melalui proses pendemokrasian pada awal 1990-an, dan membuka lembaran baharu melalui pilihan raya demokratik. “Dalam menghadapi peluasan kuasa autoritarian dan perubahan geopolitik global yang pesat, Taiwan dan Paraguay akan terus bekerjasama mempertahankan demokrasi serta kebebasan, dan menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran dunia,” ujar beliau.

Dalam ucapannya, Speaker Latorre berkata bahawa delegasi kali ini merupakan rombongan terbesar dalam sejarah Parlimen Paraguay dan melibatkan pelbagai parti politik. Kehadiran mereka pada saat getir ini, katanya, menyampaikan mesej jelas bahawa “Paraguay akan sentiasa berdiri teguh di sisi sekutunya — Taiwan.”

Beliau menegaskan bahawa nilai kebebasan, kedaulatan dan demokrasi yang diwakili Taiwan adalah prinsip teras yang tidak boleh digantikan. Paraguay akan terus menyokong Taiwan di pelbagai forum antarabangsa. Speaker Latorre turut menyatakan bahawa Paraguay pernah melalui peperangan dan memahami betapa pentingnya keamanan. Oleh itu, Paraguay dengan tegas mengecam tindakan provokasi China di ruang udara dan perairan sekitar Taiwan.

“Paraguay akan berdiri teguh bersama Taiwan, Amerika Syarikat dan negara-negara sehaluan demi mempertahankan kebebasan, demokrasi dan kedaulatan. Kami akan terus memperkukuh persaudaraan antara Paraguay dan Taiwan,” katanya.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解