Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Austria Mengiktiraf Lesen Memandu Antarabangsa Taiwan.

25/10/2025 11:57
Editor: Sing Yee
Gambar illustrasi Kementerian Luar Negara Taiwan ROC
Gambar illustrasi Kementerian Luar Negara Taiwan ROC

Kementerian Luar Negeri pada 24 Oktober menyatakan bahawa hasil komunikasi dan usaha berterusan antara kementerian itu, Pejabat Perwakilan Taiwan di Austria, kerajaan Austria serta Pejabat Taipei di Austria, Kementerian Pengangkutan Austria telah mengeluarkan perintah pentadbiran baharu pada bulan Oktober yang secara jelas mengiktiraf kesahan lesen memandu antarabangsa Taiwan. Bermula serta-merta, pemegang lesen memandu antarabangsa Taiwan yang disertakan dengan lesen memandu asal dari Taiwan dibenarkan memandu di Austria.

Tahun lalu, orang ramai melaporkan bahawa mereka tidak dapat memandu sementara di Austria walaupun memiliki lesen memandu antarabangsa Taiwan. Setelah Pejabat Perwakilan Taiwan di Austria membuat pertanyaan rasmi kepada Kementerian Pengangkutan Austria mengenai peraturan penggunaan lesen memandu antarabangsa Taiwan di negara itu, pihak berkuasa Austria ketika itu menjawab bahawa lesen tersebut tidak sah digunakan di Austria, dan pelancong biasa tidak dibenarkan memandu sendiri.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Hsiao Kuang-wei, berkata bahawa hasil daripada rundingan dan usaha berterusan antara kedua-dua pihak, Kementerian Pengangkutan Austria akhirnya mengiktiraf lesen memandu antarabangsa Taiwan melalui kemas kini perintah pentadbiran bulan Oktober. Mulai sekarang, pemegang lesen memandu antarabangsa Taiwan bersama lesen asal boleh memandu di Austria.

Beliau menambah bahawa Menteri Luar Negera Lin Chia-lung menyambut baik dan mengalu-alukan keputusan ini. Kementerian Luar Negera akan bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan Taiwan untuk memulihkan layanan timbal balik kepada Austria secepat mungkin berdasarkan prinsip saling mengiktiraf. Langkah kerjasama ini dijangka akan menggalakkan hubungan perniagaan dan pelancongan antara Taiwan dan Austria, serta meningkatkan interaksi dan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解