Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Delegasi Pemimpin APEC Berangkat ke Korea Selatan Lin Hsin-i: Promosi Taiwan di Peringkat Antarabangsa, Tarik Pelaburan

29/10/2025 06:21
Editor: Eric Yong
Wakil pemimpin APEC, Lin Hsin-i, menyampaikan ucapan sebelum berangkat. (Gambar: Pejabat Presiden)
Wakil pemimpin APEC, Lin Hsin-i, menyampaikan ucapan sebelum berangkat. (Gambar: Pejabat Presiden)

Delegasi pemimpin Taiwan ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2025 telah berlepas ke Korea Selatan hari ini. Mesyuarat tersebut dijadual berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November di Gyeongju, Korea Selatan.

Lin Hsin-i (林信義), Penasihat Presiden yang dilantik sebagai wakil pemimpin Taiwan ke APEC oleh Presiden Lai Ching-te (賴清德) , berlepas ke Gyeongju pada jam 11 pagi dan sempat menyampaikan ucapan sebelum menaiki pesawat. Beliau menyatakan harapan agar lawatan ini dapat memperkenalkan kelebihan Taiwan dalam bidang semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), perubatan pintar dan perusahaan kecil dan sederhana kepada para pemimpin ekonomi dan delegasi negara anggota.

"APEC merupakan forum pelbagai hala dalam bidang ekonomi dan perdagangan, serta platform penting untuk interaksi setara antara delegasi dan negara anggota lain. Mesyuarat pemimpin ekonomi ini amat berharga bagi Taiwan, terutamanya dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu,” kata Lin.

Beliau menambah bahawa kelebihan dan pengalaman yang telah dibina oleh Taiwan dalam jangka masa panjang boleh menyumbang secara signifikan kepada APEC, dan Taiwan bersedia memainkan peranan penting dalam memajukan matlamat bersama seperti keseimbangan, kelestarian dan inovasi.

Lin turut menekankan bahawa beliau membawa amanat khas daripada Presiden Lai, termasuk usaha memperkukuh daya tahan ekonomi bersama negara anggota, berkongsi pengalaman dalam pembangunan industri semikonduktor, serta mempercepat pembangunan AI berasaskan manusia.

"Taiwan ingin berkongsi keunikan dan kelebihan dalam setiap bidang, khususnya semikonduktor, AI, perubatan pintar dan perusahaan kecil dan sederhana. Kami berharap dapat mempromosikan Taiwan, menarik pelaburan dan menggalakkan pertukaran, sekali gus meningkatkan kedudukan Taiwan dalam APEC,” ujar beliau.

Mengimbas lokasi mesyuarat APEC tahun lalu di Lima, Peru, Lin menyatakan bahawa meskipun tahun ini berlangsung di Gyeongju, Korea Selatan — di sebelah kiri Lautan Pasifik — jarak bukanlah halangan sekiranya kerjasama antara negara anggota dapat dijalinkan secara menyeluruh.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解