Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Majlis Diskusi RTI “Membaca China” :MAC Jelaskan Niat dan Kelemahan Strategi “3 kali 80 tahun” oleh Parti Komunis China

29/10/2025 16:05
Editor: Winnie Lee
Pengerusi RTI Cheryl Lai (賴秀如) menegaskan bahawa pengiraan mudah boleh menyangkal naratif “Tiga 80 Tahun” Parti Komunis China dalam Majlis Diskusi Literasi Ekonomi AS-China pada 29 Oktober. (Foto: RTI Jiang Li-hua江麗華)
Pengerusi RTI Cheryl Lai (賴秀如) menegaskan bahawa pengiraan mudah boleh menyangkal naratif “Tiga 80 Tahun” Parti Komunis China dalam Majlis Diskusi Literasi Ekonomi AS-China pada 29 Oktober. (Foto: RTI Jiang Li-hua江麗華)
Dalam persidangan itu, Shen Yu-Chung(沈有忠) , timbalan pengerusi Majlis Hal Ehwal Tanah Besar(MAC), menjelaskan kepentingan “literasi China.” (Foto: RTI Wang Shu-ching王淑卿)
Dalam persidangan itu, Shen Yu-Chung(沈有忠) , timbalan pengerusi Majlis Hal Ehwal Tanah Besar(MAC), menjelaskan kepentingan “literasi China.” (Foto: RTI Wang Shu-ching王淑卿)

Radio Taiwan International (RTI) hari ini (29hb) menganjurkan “Majlis Diskusi Literasi Ekonomi AS-China” (U.S.-China Economic Literacy Seminar), di mana Timbalan Menteri Majlis Hal Ehwal Tanah Besar(MAC), Shen Yu-Chung (沈有忠), memperkenalkan kepentingan untuk“Membaca China". Shen Yu-Chung(沈有忠) juga secara khusus menganalisis percubaan dan tujuan China menekankan bahawa tahun ini adalah “tiga ulang tahun ke-80” kemenangan Perang Anti-Jepun, penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan Pengembalian Taiwan, di mana matlamat utamanya adalah untuk memastikan Republik China (ROC) tidak mempunyai ruang wujud langsung di arena antarabangsa, seterusnya melaksanakan "Prinsip Satu China".

Baru-baru ini, China secara lantang mengendalikan isu "tiga 80 tahun", termasuk ulang tahun ke-80 Kemenangan Perang Anti-Jepun, ulang tahun ke-80 penubuhan PBB, dan ulang tahun ke-80 Pengembalian Taiwan. Dalam sidang yang dianjurkan RTI pada 29hb, Timbalan Menteri MAC, Shen Yu-Chung(沈有忠), turut menganalisis secara khusus percubaan dan kepincangan China dalam mengendalikan "tiga ulang tahun ke-80".

Shen Yu-Chung(沈有忠) menegaskan bahawa ketika seluruh dunia masih berdebat mengenai "Prinsip Satu China", PKC mengambil kesempatan untuk memperluaskan penganjuran aktiviti ulang tahun ke-80 bagi tiga peristiwa ini. Merujuk kepada ulang tahun ke-80 Kemenangan Perang Anti-Jepun, selepas kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua dan penyerahan kedaulatan Taiwan, China cuba mengaitkan peristiwa ini dengan penyerahan kedaulatan kepada China, sekali gus membentuk "Prinsip Satu China". Walau bagaimanapun, bagi Republik China, tafsiran ini adalah berbeza, kerana pihak yang terlibat pada masa itu ialah "Republik China", dan bukannya "Republik Rakyat China" (PRC).

Mengenai manipulasi China terhadap ulang tahun ke-80 penubuhan PBB, Shen Yu-Chung(沈有忠) juga menyatakan bahawa selepas Perang Dunia Kedua, pihak yang membina ketertiban antarabangsa ialah Republik China, dan bukannya Republik Rakyat China, memandangkan Republik Rakyat China belum ditubuhkan pada masa itu.

Bagi manipulasi PKC terhadap ulang tahun ke-80 Pengembalian Taiwan, Shen Yu-Chung(沈有忠) berpendapat bahawa PKC telah membungkusnya lebih lanjut, dengan menggunakan Resolusi UNGA 2758, yang kini diiktiraf di peringkat global, untuk mengaitkan kedaulatan Taiwan kepada Republik Rakyat China. Manipulasi lantang China terhadap "tiga ulang tahun ke-80" ini akhirnya bertujuan untuk memastikan Republik China tidak mempunyai sebarang ruang wujud di peringkat antarabangsa.

Shen Yu-Chung(沈有忠) berkata: "(bunyi asal) Tiga 80 tahun ini, ketiga-tiga fakta sejarah ini memang telah berlaku, tetapi apabila mereka menafsirkannya di sebalik tabir, mereka telah memasukkan tujuan politik dan konotasi politik subjektif mereka sendiri, dan ini menjadi sangat rumit. Ia bukan maklumat palsu atau salah, tetapi apabila ketiga-tiga peristiwa ini digabungkan, hasilnya ialah tiada ruang untuk Republik China wujud."

Pengerusi RTI, Cheryl Lai (賴秀如), turut menyokong pandangan MAC. Lai Hsiu-Ju menunjukkan bahawa "tiga 80 tahun" ini boleh disangkal melalui pengiraan matematik mudah, kerana Republik Rakyat China hanya ditubuhkan pada tahun 1949 . Dengan kata lain, Republik Rakyat China adalah sebuah negara yang hanya mempunyai sejarah 76 tahun, tetapi ia cuba "menelan" Republik China dengan menggunakan sejarah "tiga 80 tahun". Inilah situasi yang dihadapi oleh Taiwan.

Beliau juga berpendapat bahawa semua pihak harus mempertimbangkan bagaimana untuk menghadapi "keunikan" China pada masa kini, di mana wujudnya sebuah negara yang diperintah oleh komunisme, pembangunan modal di bawah sosialisme, tetapi jurang kekayaan yang terkenal di dunia. Dari segi politik pula, ia adalah sebuah empayar yang diperintah secara diktator, tetapi mempunyai percubaan yang berterusan untuk menceroboh pihak luar. Beliau percaya bahawa memandangkan lokasi geografi Taiwan bersebelahan dengan China, adalah lebih penting untuk "mengenali diri sendiri dan mengenali musuh", bagi memahami kesannya terhadap Taiwan dan dunia.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解