Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

AS sokong penyertaan setara Taiwan dalam APEC. Kementerian Luar Negera: Tidak akan menerima tindakan China yang merendahkan Taiwan

07/11/2025 20:13
Editor: Sing Yee
China berkata APEC mesti mematuhi prinsip satu China. Lin Chia-lung: Akan bekerjasama dengan negara yang sealiran untuk menentang (Sumber:CNA)
China berkata APEC mesti mematuhi prinsip satu China. Lin Chia-lung: Akan bekerjasama dengan negara yang sealiran untuk menentang (Sumber:CNA)

Jabatan Negara Amerika Syarikat(U.S. Department of State) dan kumpulan Republikan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS (United States House Committee on Foreign Affairs) telah menyuarakan sokongan teguh kepada Taiwan, menegaskan bahawa semua unit ekonomi harus diberi peluang untuk menyertai mesyuarat APEC tahun depan secara setara. Kementerian Luar Negera Taiwan hari ini (7 haribulan) menyatakan penghargaan yang tulus terhadap sokongan tersebut, dan sekali lagi menegaskan bahawa tindakan daratan China yang secara sepihak mengenakan syarat politik terhadap penyertaan Taiwan dalam mesyuarat APEC bukan sahaja melanggar peraturan, amalan dan norma APEC, tetapi juga mencabuli janji yang dibuat oleh pihak China semasa mesyuarat tahunan 2024 di LIMA. Taiwan akan terus bekerjasama dengan negara-negara yang berkongsi nilai yang sama untuk mempertahankan prinsip teras APEC.

Daratan China akan menjadi tuan rumah pelbagai mesyuarat dan aktiviti APEC tahun depan. Pada 5 hb, China menegaskan bahawa pematuhan kepada “Prinsip Satu China” adalah prasyarat bagi penyertaan Taiwan. Kementerian Luar Negera Taiwan telah beberapa kali menyatakan pendirian tegas bahawa mereka tidak akan menerima syarat ini, dan akan berkoordinasi dengan negara-negara sehaluan untuk menentangnya bersama.

Apabila ditanya oleh media, Jabatan Negara AS menegaskan bahawa Amerika Syarikat berpegang pada prinsip bahawa semua unit ekonomi APEC, termasuk Taiwan, harus diberi peluang untuk menyertai APEC secara penuh dan setara berdasarkan peraturan dan amalan APEC. Amerika juga mengingatkan bahawa China, semasa memohon menjadi tuan rumah APEC, pernah berjanji untuk mematuhi prinsip tersebut. Kumpulan Republikan dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan AS turut menulis di platform X bahawa China pernah berjanji membenarkan penyertaan setara Taiwan, namun kini menaikkan halangan penyertaan, sekali lagi memperlihatkan sifat paksaan dan tidak bertanggungjawab Beijing.

Menteri Luar Negera Taiwan, Lin Chia-lung, menyatakan penghargaan tulus kepada jabatan eksekutif dan legislatif Amerika atas sokongan kukuh mereka terhadap penyertaan setara Taiwan dalam APEC. Beliau menegaskan bahawa Taiwan ialah ahli penuh APEC dan menikmati hak yang sama dengan ekonomi lain. Lin Chia-lung berkata, “China, demi mendapatkan hak menjadi tuan rumah tahun depan, pernah memberikan janji bertulis untuk menyokong penyertaan setara Taiwan, termasuk menjamin keselamatan wakil yang hadir.”

Kementerian Luar Negera Taiwan menegaskan sekali lagi bahawa mereka sama sekali tidak akan menerima cubaan China untuk merendahkan atau mengecualikan Taiwan daripada penyertaan dalam APEC tahun depan, dan akan terus bekerjasama dengan negara-negara sehaluan bagi mempertahankan prinsip teras APEC tentang kesetaraan semua ahli.

Selain itu, Timbalan Menteri dan jurucakap Majlis Hal Ehwal Tanah Besar (MAC), Liang Wen-chieh, pada 6 haribulan menyatakan bahawa pihak seberang (China) telah memperjelas pendiriannya bahawa jika Taiwan ingin menyertai Sidang Kemuncak APEC tahun depan, ia mesti mematuhi “Prinsip Satu China”. Beliau berkata kerajaan Taiwan akan menilai dengan berhati-hati semua kemungkinan, dan akan berusaha mempertahankan status keahlian serta maruah Taiwan dalam APEC.

 

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解