Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Amaran Darat Taufan “Fung Wong” Diperluas ke Chiayi – Amaran Hujan Berterusan di Yilan

11/11/2025 22:08
Editor: Eric Yong
Taufan ringan “Fung Wong” terus bergerak ke arah utara-timur laut pada petang 11 November.
(Sumber gambar: Jabatan Meteorologi Pusat Taiwan)
Taufan ringan “Fung Wong” terus bergerak ke arah utara-timur laut pada petang 11 November. (Sumber gambar: Jabatan Meteorologi Pusat Taiwan)
Taufan ringan “Fung Wong” pada petang ini (11 November) jam 5 telah berada 300 kilometer di barat daya Eluanbi. Kekuatan, radius ribut dan zon amaran laut kekal tidak berubah, manakala amaran darat telah diperluas ke lima wilayah termasuk Chiayi di selatan dan Taitung. Selain itu, Jabatan Meteorologi Pusat Taiwan   turut meneruskan amaran hujan untuk wilayah Yilan.
Taufan ringan “Fung Wong” pada petang ini (11 November) jam 5 telah berada 300 kilometer di barat daya Eluanbi. Kekuatan, radius ribut dan zon amaran laut kekal tidak berubah, manakala amaran darat telah diperluas ke lima wilayah termasuk Chiayi di selatan dan Taitung. Selain itu, Jabatan Meteorologi Pusat Taiwan turut meneruskan amaran hujan untuk wilayah Yilan.

Pada jam 5 petang hari ini (11 November), taufan ringan “Fung Wong” (鳳凰) berada 300 kilometer di barat daya Eluanbi. Kekuatan, radius ribut dan zon amaran laut kekal tidak berubah, namun amaran darat telah diperluas ke lima wilayah termasuk Chiayi di utara serta kawasan selatan dan timur seperti Taitung. Jabatan Meteorologi Pusat Taiwan turut meneruskan amaran hujan untuk wilayah Yilan.

Taufan ringan “Fung Wong” dijangka menghampiri perairan barat daya Taiwan pada petang 12 November, dan berkemungkinan mendarat di kawasan Kaohsiung dan Pingtung. Ia dijangka keluar ke laut melalui kawasan Hualien dan Taitung pada malam hingga lewat malam 12 November, dengan kekuatan yang semakin lemah.

Ketika ini, ombak setinggi 3 hingga 5 meter telah mula muncul di sepanjang pantai Taiwan. Di perairan Pulau Dongsha, Matsu dan bahkan Pulau Xiaoliuqiu, ombak setinggi 6 meter telah direkodkan. Ramalan menunjukkan bahawa kawasan selatan, pesisir Semenanjung Hengchun, serta kepulauan Penghu dan Matsu akan mengalami ombak setinggi 5 hingga 6 meter. Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti di pantai dalam tempoh dua hari ini.

Kesan gabungan antara aliran luar taufan dan angin monsun timur laut telah menyebabkan hujan ketara di utara dan timur Taiwan. Jabatan Meteorologi Pusat Taiwan telah mengeluarkan amaran hujan sangat lebat untuk Yilan, termasuk siaran amaran sel hujan ekstrem (CBS). Ketua Bahagian Ramalan Cuaca, Lin Bing-yu (林秉煜), berkata: “Secara keseluruhan, hujan paling banyak berlaku di Yilan, dengan jumlah mencecah 911 mm. New Taipei mencatat 531 mm, manakala Taipei, Hualien dan Pulau Ludao masing-masing mencatat antara 300 hingga 400 mm. Kami menjangkakan hujan di Yilan akan berterusan. Sebentar tadi, kami telah mengeluarkan siaran CBS untuk kawasan Su’ao dan Nan’ao di Yilan, kerana kadar hujan sejam hampir mencecah 100 mm. Hujan sangat lebat ini boleh berlaku dalam tempoh 1 hingga 2 jam, dan orang ramai perlu berwaspada.”

Jabatan Meteorologi Pusat Taiwan turut mengingatkan bahawa dari malam 11 November hingga pagi 12 November, kawasan utara Taiwan – khususnya Taipei Raya, pantai utara Keelung, kawasan pergunungan Taipei dan New Taipei serta Yilan – perlu berwaspada terhadap hujan lebat dalam tempoh singkat. Di kawasan Hualien dan Taitung, hujan dijangka berkurangan tetapi masih berpotensi untuk hujan lebat setempat. Pada siang 12 November, hujan dijangka menjadi lebih ketara di Penghu serta kawasan selatan seperti Kaohsiung dan Pingtung, dengan kemungkinan hujan lebat setempat atau hujan lebat dalam tempoh singkat.

Dalam laporan khas mengenai angin kencang, Jabatan Meteorologi Pusat Taiwan menyatakan bahawa kekuatan angin di kawasan pesisir dan perairan Kaohsiung dan Pingtung akan meningkat secara berperingkat. Amaran lampu jingga telah dikeluarkan untuk wilayah Taoyuan, Miaoli, Taichung, Changhua, Yunlin, Kaohsiung, Pingtung, Penghu dan Matsu – menandakan angin purata melebihi tahap 9 atau angin kencang melebihi tahap 11. Manakala wilayah Keelung, Taipei, New Taipei, daerah dan bandar Hsinchu, daerah Chiayi, Tainan, Taitung, Yilan dan Kinmen menerima amaran lampu kuning – berpotensi mengalami angin purata tahap 6 atau angin kencang tahap 8. (Penyunting: Song Wanyuan 宋皖媛)

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解