Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Hari Budaya Malaysia Buat Julung Kali ke Taipei Music Center – Nikmati Makanan dan Persembahan Secara Santai Selama Dua Hari

11/11/2025 22:12
Editor: Eric Yong
Hari Budaya Malaysia selama 3 tahun berturut-turut telah menarik lebih 7,000 pengunjung. Tahun ini, acara tersebut buat pertama kalinya akan dipindahkan ke ruang terbuka dan galeri kebudayaan Taipei Music Center ).
(Sumber: Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia)
Hari Budaya Malaysia selama 3 tahun berturut-turut telah menarik lebih 7,000 pengunjung. Tahun ini, acara tersebut buat pertama kalinya akan dipindahkan ke ruang terbuka dan galeri kebudayaan Taipei Music Center ). (Sumber: Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia)

Hari Budaya Malaysia 2025 ke 4 akan berlangsung pada 15 hingga 16 November di padang rumput dan galeri kebudayaan Taipei Music Center (台北流行音樂中心), dengan tema “Kenduri Warni Warni 一起走進文化萬花筒” yang menjanjikan pesta budaya dua hari penuh warna-warni berkonsepkan gaya Nanyang.

Acara ini dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia (MayCham Taipei) bersama Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia (MFTC), dengan kerjasama Biro Kebudayaan Taipei dan Taipei Music Center (北流). Lebih 65 jenama dan 30 persembahan akan dipersembahkan secara bergilir, merangkumi muzik dan tarian, persembahan wayang kulit di bawah bintang, bengkel rekaan batik, serta pengalaman permainan tradisional Malaysia seperti bengkel congkak. Pengunjung akan dibawa menyelami kepelbagaian budaya Malaysia melalui pengalaman lima deria.

Reka bentuk visual utama acara ini dihasilkan oleh Guo Yu-tian (郭宇添), seorang pereka dari Pulau Pinang yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Sains dan Teknologi Yunlin. Beliau mengambil inspirasi daripada rumah kedai Pulau Pinang, palet warna rempah ratus, dan kuih lapis sebagai simbol perpaduan pelbagai etnik, mencerminkan semangat Malaysia yang berwarna-warni dan inklusif.

Pengerusi MayCham Taipei, Lin Zhi-ming (林智明), menyatakan bahawa kerjasama yang berkekalan lahir daripada saling memahami, dan budaya merupakan jambatan terbaik untuk tujuan itu. Beliau berharap melalui perkongsian Hari Budaya Malaysia, rakyat Taiwan dapat melihat kepelbagaian Malaysia, dan warga Malaysia di Taiwan pula dapat merasai pentas yang memberi rasa dimiliki dan dihargai.

Salah satu tarikan utama tahun ini ialah “TAMU 大馬風市集” yang dikurasi oleh CYL Creative Studio (雲澗山創意). Dalam Bahasa Melayu, “Tamu” bermaksud “pertemuan” atau “tetamu”, melambangkan semangat sambutan dan perkongsian. Festival ini akan menghimpunkan jenama makanan, seni kreatif dan pelancongan dari Melaka, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan lain-lain, terus ke Taiwan. Pengunjung boleh bersantai di atas rumput sambil menikmati nasi lemak, mi kari, char kuey teow dan hidangan klasik lain, diiringi persembahan muzik, tarian dan wayang kulit. Kemasukan adalah percuma, dan semua dijemput untuk menyertai komuniti Malaysia di Taiwan dalam hujung minggu yang penuh semangat, merasai keaslian dan “Chun” (perkataan Dialet Cina yang bermaksud bergaya atau hebat) budaya Malaysia.

Hari Budaya Malaysia ke 4 ini, turut memperkenalkan konsep “TAMU 大馬風市集” buat pertama kali, menampilkan semangat “budaya duduk bersila” Malaysia, mengajak pengunjung menikmati makanan dan persembahan secara santai di atas padang.
(Sumber: CYL
Creative Studio (雲澗山創意))  (Penyunting: Xu Jia-yuan (許嘉芫))

 

 

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解