Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Cristiano Ronaldo Umum Piala Dunia 2026 Sebagai “Tarian Terakhir” – Berkemungkinan Bersara Dalam 1 Hingga 2 Tahun

11/11/2025 23:30
Editor: Eric Yong
Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo  (Sumber: AFP)
Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo (Sumber: AFP)

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo, hari ini (11 November) mengumumkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya dalam kejohanan tersebut, menandakan bahawa salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman bakal menggantung but dan bersara.

Kini berusia 40 tahun, Cristiano Ronaldo bermain untuk kelab Al Nassr dalam Liga Bola Sepak Profesional Arab Saudi. Beliau telah menjaringkan lebih 950 gol untuk kelab dan pasukan kebangsaan, dan memegang rekod penjaring terbanyak dalam perlawanan antarabangsa dengan 143 gol.

Dalam satu forum di Arab Saudi yang disertainya melalui sambungan video hari ini, beliau ditanya sama ada Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya. Beliau menjawab: “Sudah tentu. Ketika itu saya akan berusia 41 tahun, dan saya rasa itu masa yang sesuai.”

Minggu lalu, dalam satu temu bual bersama pengacara terkenal Britain, Piers Morgan, Cristiano Ronaldo turut menyentuh tentang rancangan persaraannya dan menjelaskan jangka masa tersebut: “Sejujurnya, apabila saya kata ‘tidak lama lagi’, ia mungkin bermakna saya akan terus bermain selama satu hingga dua tahun lagi.”

Cristiano Ronaldo turut mengakui bahawa proses bersara adalah sesuatu yang “sukar” baginya. Beliau berkata: “Adakah ia akan menjadi sukar? Ya. Saya mungkin akan menangis. Saya seorang yang terbuka secara emosi, dan ini akan menjadi sesuatu yang sangat, sangat sukar.”

Sebelum pemain yang telah memenangi Ballon d'Or sebanyak lima kali ini kembali menyarung jersi kebangsaan dan beraksi di pentas Piala Dunia, Portugal perlu menewaskan Ireland dalam perlawanan kelayakan pada 13 November untuk memastikan tempat ke kejohanan tersebut. (Penyunting: Liao Yi-ting (廖奕婷))

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解