Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Taufan Fung-wong Dijangka Mendarat di Semenanjung Hengchun Malam Ini; Amaran Merah Dikeluarkan di Yilan dan New Taipei

12/11/2025 17:09
Editor: Winnie Lee
Taufan Fung-wong pada 12 Nov pukul 2 petang berada 120 km barat Eluanbi, bergerak ke pantai selatan Taiwan pada kelajuan 23–43 km/j (Foto:Pentadbiran Cuaca Pusat, CWA)
Taufan Fung-wong pada 12 Nov pukul 2 petang berada 120 km barat Eluanbi, bergerak ke pantai selatan Taiwan pada kelajuan 23–43 km/j (Foto:Pentadbiran Cuaca Pusat, CWA)

Ribut taufan ringan Fung-wong telah melanda kawasan selatan Taiwan pada pagi Selasa (12hb). Namun, kelajuan angin maksimum berhampiran pusat taufan telah menurun kepada 20 meter sesaat, dan jejari ribut mengecil kepada 150 kilometer. Oleh itu, kawasan amaran darat di Penghu dan Yunlin telah ditarik balik, manakala lapan wilayah di bahagian tengah dan selatan masih berada dalam zon amaran.

Menurut laporan, pusat taufan Fung-wong kini berada kira-kira 100 kilometer di barat daya tanjung Eluanbi. Laluan taufan telah bergerak lebih ke selatan dan terus melemah. Walaupun amaran darat di beberapa wilayah telah dibatalkan, amaran laut masih berkuat kuasa di sekitar perairan Taiwan.

Pakar ramalan kanan Pusat Ramalan Cuaca, Chu Mei-lin (朱美霖), berkata taufan dijangka menghampiri bahagian selatan Semenanjung Hengchun dan kemungkinan besar akan mendarat di sana pada malam ini. Beliau menjelaskan bahawa kekuatan taufan terus berkurangan dan tidak menolak kemungkinan ia akan menurun kepada tekanan rendah tropika lebih awal, sekali gus mengurangkan ancaman terhadap daratan dan perairan Taiwan.

Walaupun kekuatan Fung-wong semakin lemah, Jabatan Meteorologi Taiwan masih memberi amaran tentang hujan lebat di beberapa kawasan. Sejak 10 November, jumlah taburan hujan kumulatif di Dong’ao Lepas Pantai, Yilan telah melebihi 1,000 milimeter, manakala Dacukeng (大粗坑) di New Taipei mencapai lebih 750 milimeter. Beberapa kawasan lain seperti Qingtiangang (擎天崗) di Taipei, Niutoushan (牛頭山) di Taitung dan Keelung turut mencatatkan lebih 400 milimeter hujan.

Disebabkan hujan berterusan dan pengaruh angin luar taufan, Agensi Pembangunan Luar Bandar dan Pemuliharaan Tanah dan Air (ARDSWC) di bawah Kementerian Pertanian telah mengeluarkan 56 amaran merah untuk aliran puing di empat bandar di wilayah Yilan dan dua daerah di New Taipei.

Agensi tersebut juga mengeluarkan 88 amaran kuning, termasuk kawasan di Yilan, Hualien dan New Taipei. Pihak berkuasa tempatan diminta segera memindahkan penduduk dari kawasan berisiko dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解