Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

AS lulus jualan ketenteraan AS$330 juta kepada Taiwan sejak bermulanya penggal kedua Trump; Pertahanan Taiwan: Tingkatkan kesiapsiagaan udara.

14/11/2025 21:48
Editor: Sing Yee

Pada malam 13hb, Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat mengumumkan bahawa Jabatan Negara AS telah meluluskan satu pakej jualan ketenteraan kepada Taiwan, yang berkemungkinan membekalkan alat ganti dan komponen penyelenggaraan pesawat perang bernilai keseluruhan AS$330 juta. Ini merupakan jualan ketenteraan pertama kepada Taiwan sejak Trump memulakan penggal keduanya pada Januari lalu.

Jabatan Pertahanan AS menyatakan bahawa Pejabat Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Amerika Syarikat (TECRO) telah memohon pembelian alat ganti bukan standard, komponen penyelenggaraan, bahan habis pakai dan aksesori bagi pesawat F-16, C-130 serta pesawat pejuang buatan sendiri (IDF). Permohonan itu turut meliputi khidmat sokongan penyelenggaraan dan pemulangan, serta sokongan kejuruteraan, teknikal, dan logistik oleh kerajaan AS dan kontraktor. Jumlah keseluruhan dianggarkan AS$330 juta.

Kenyataan itu turut menyebut, “Jualan ketenteraan yang dicadangkan ini selaras dengan undang-undang dan dasar Amerika Syarikat.”

Jabatan Pertahanan AS juga menyatakan bahawa “pakej jualan ini akan meningkatkan keupayaan negara penerima dalam menghadapi ancaman semasa dan masa hadapan melalui penyelenggaraan tahap kesiapsiagaan operasi pesawat F-16, C-130 dan pesawat lain.”

Sebagai respons, Kementerian Pertahanan Taiwan hari ini (14hb) mengeluarkan kenyataan media bahawa kerajaan AS pada 13 November waktu Timur telah memulakan proses “pemberitahuan kepada Kongres” mengenai pakej jualan ketenteraan bernilai AS$330 juta untuk “komponen penerbangan bukan standard” Tentera Udara Taiwan. Maklumat tersebut juga telah disiarkan di laman Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan AS (DSCA) dan dijangka akan berkuat kuasa secara rasmi dalam tempoh sebulan.

Kementerian Pertahanan Taiwan menyatakan bahawa berdasarkan “Akta Hubungan Taiwan” dan “Enam Jaminan”, Amerika Syarikat secara berterusan membantu Taiwan mengekalkan keupayaan pertahanan yang mencukupi dan kementerian itu menyampaikan penghargaan atas sokongan tersebut.

Kementerian itu turut menjelaskan bahawa pembekalan komponen bukan standard bagi pesawat F-16 dan model lain akan membantu mengekalkan kesiapsiagaan pesawat pejuang, mengukuhkan pertahanan udara, meningkatkan ketahanan pertahanan, serta mempertingkat keupayaan Taiwan menghadapi pencerobohan kelabu oleh China.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解