Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Presiden Lai Terima Perdana Menteri St. Kitts & Nevis, Harap Kerjasama Antarabangsa Lebih Meluas

14/11/2025 22:07
Editor: Sing Yee
Dengan disaksikan Perdana Menteri St. Kitts & Nevis, Terrance Drew (tengah), Datuk Bandar Tainan, Huang Wei-che (kanan), menandatangani perjanjian pembentukan bandar berkembar dengan Basseterre pada 14hb.
(Gambar disediakan oleh Kerajaan Bandar Tainan)
Dengan disaksikan Perdana Menteri St. Kitts & Nevis, Terrance Drew (tengah), Datuk Bandar Tainan, Huang Wei-che (kanan), menandatangani perjanjian pembentukan bandar berkembar dengan Basseterre pada 14hb. (Gambar disediakan oleh Kerajaan Bandar Tainan)

Presiden Lai Ching-te hari ini (14hb) menerima kunjungan Perdana Menteri Saint Kitts dan Nevis, Terrance Drew. Beliau berkata bahawa lawatan Drew kali ini akan menyaksikan perasmian hubungan bandar berkembar antara ibu negara Basseterre dengan Taipei dan Tainan, merupakan suatu simbol bahawa hubungan dua negara telah berkembang daripada peringkat negara ke peringkat bandar. Lai berharap Taiwan dan St. Kitts & Nevis dapat menjalinkan kerjasama antarabangsa yang lebih pelbagai demi memberi lebih banyak sumbangan kepada dunia.

Dalam ucapannya, Presiden Lai terlebih dahulu mengalu-alukan lawatan ketiga Perdana Menteri Drew sejak beliau memegang jawatan, ini satu tanda jelas penghargaan dan sokongan St. Kitts & Nevis terhadap Taiwan. Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Drew atas penganugerahan “Tokoh Afro Paling Berpengaruh di Dunia”, serta berharap Drew terus memainkan peranan penting di peringkat antarabangsa. Lai turut mendoakan kejayaan St. Kitts & Nevis ketika memegang jawatan Pengerusi bergilir CARICOM pada separuh pertama tahun depan.

Presiden berkata bahawa di bawah kepimpinan Drew, kerjasama dua negara telah berkembang dalam bidang pertanian, kesihatan awam, pendidikan, dan pemerkasaan wanita. Kedua-duanya berasal dari bidang perubatan, dan ini membolehkan banyak kejayaan dicapai dalam kerjasama perubatan. Taiwan juga bersedia terus berganding bahu untuk memperkukuh sistem kesihatan dan perubatan St. Kitts & Nevis.

Presiden turut menyatakan bahawa lawatan Drew kali ini akan menyaksikan secara langsung pemeteraian hubungan bandar berkembar antara ibu negara Basseterre dengan Taipei dan Tainan. Beliau berharap melalui pertukaran yang lebih rapat, hubungan diplomatik kedua-dua negara akan terus diperkukuh. Presiden berkata, Perjanjian bandar berkembar antara Basseterre, Taipei dan Tainan menandakan hubungan dua negara berkembang daripada peringkat negara ke peringkat bandar. Ini akan menjadikan kerjasama dua hala lebih erat dan lebih dekat dengan kehidupan rakyat. Kami juga berharap kedua-dua negara dapat menjalankan kerjasama antarabangsa yang lebih pelbagai, bersama-sama memberi lebih banyak sumbangan kepada dunia.”

Dalam ucapannya, Drew menyatakan bahawa Taiwan dan St. Kitts & Nevis telah mengekalkan persahabatan lebih 40 tahun. Sejak merdeka, Taiwan sentiasa menyokong pembangunan negara itu dalam bidang infrastruktur, teknologi dan pendidikan. Biasiswa Taiwan juga melahirkan ramai doktor, jurutera dan pakar ICT di St. Kitts & Nevis. Beliau mengucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan dan rakyatnya.

Drew berharap kedua-dua negara dapat membuka ruang baharu dalam kerjasama teknikal, budaya, pembangunan belia dan pentadbiran bandar. Beliau memuji keupayaan perubatan Taiwan, yang menurutnya wajar diiktiraf oleh dunia. Taiwan, katanya, bukan sekadar “isu” dalam hubungan antarabangsa, tetapi merupakan “jawapan”.

Drew menegaskan bahawa apabila Taiwan dapat menyertai komuniti antarabangsa secara bermakna, seluruh dunia akan mendapat manfaat. St. Kitts & Nevis akan terus menyokong penyertaan Taiwan dalam organisasi antarabangsa kerana, katanya,“Kami berbuat demikian bukan kerana kewajiban, tetapi kerana yakin bahawa kepimpinan Taiwan mampu menjadikan dunia lebih baik.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解