Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Pesawat Bertema Disney Pertama di Taiwan Dilancarkan, Memulakan Penerbangan Sulung ke Los Angeles Hari Ini

19/11/2025 16:04
Editor: Winnie Lee
Pesawat bertema “Zootopia 2” kerjasama pertama antara China Airlines dan Disney diperkenalkan pada 19 haribulan sebelum penerbangan sulungnya. (Foto oleh Wu Li-Jun吳琍君)
Pesawat bertema “Zootopia 2” kerjasama pertama antara China Airlines dan Disney diperkenalkan pada 19 haribulan sebelum penerbangan sulungnya. (Foto oleh Wu Li-Jun吳琍君)
Pengerusi China Airlines  Kao Hsing-huang(高星潢, kanan ke-4), Pengurus Besar  Chen Han-ming(陳漢銘, kanan ke-3) dan wakil Disney Asia Pasifik  Hsu Lung-li(徐隆立, kiri ke-4) bersama-sama merasmikan pelancaran pesawat bertema, malah watak popular Nick Wilde (tengah kanan) dan Judy Hopps (tengah kiri) turut muncul sebagai kejutan. (Foto oleh Wu Li-Jun吳琍君)
Pengerusi China Airlines Kao Hsing-huang(高星潢, kanan ke-4), Pengurus Besar Chen Han-ming(陳漢銘, kanan ke-3) dan wakil Disney Asia Pasifik Hsu Lung-li(徐隆立, kiri ke-4) bersama-sama merasmikan pelancaran pesawat bertema, malah watak popular Nick Wilde (tengah kanan) dan Judy Hopps (tengah kiri) turut muncul sebagai kejutan. (Foto oleh Wu Li-Jun吳琍君)

Pesawat bertema Disney pertama di seluruh Taiwan diperkenalkan buat kali pertama pada pagi 19 haribulan di kawasan kampus China Airlines (中華航空), dan dijadualkan memulakan penerbangan sulung ke Los Angeles pada petang yang sama. Pengerusi China Airlines Kao Hsing-huang (高星潢) berkata bahawa ini merupakan kali pertama industri penerbangan Taiwan bekerjasama dengan Disney, dengan harapan dapat “membawa kegembiraan Disney kepada seisi keluarga melalui perjalanan bersama China Airlines”.

Selepas rundingan selama setengah tahun, China Airlines akhirnya memuktamadkan kerjasama dengan Disney dan melancarkan pesawat “Zootopia 2 Themed Livery” yang dikendalikan oleh Boeing 777-300ER pada 19 haribulan. Bahagian luar pesawat menampilkan pelbagai watak popular seperti Nick Wilde, Judy Hopps, Gary De'Snake, Flash dan Nibbles Maplestick, yang serta-merta mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengunjung, baik dewasa mahupun kanak-kanak.

Pada majlis pelancaran pesawat, Pengerusi China Airlines Kao Hsing-huang (高星潢) bersama Pengarah Kanan Pengedaran dan Operasi Industri Perfileman Disney Asia Pasifik Hsu Lung-li (徐隆立) membuka tirai perasmian secara meriah. Kao Hsing-huang (高星潢) menyatakan bahawa ini adalah kerjasama pertama seumpamanya dalam sejarah penerbangan Taiwan. Pesawat ini akan memulakan operasi di laluan Amerika Utara seperti Los Angeles dan Ontario, sebelum diperluaskan ke laluan popular keluarga di Asia seperti Bangkok, Tokyo dan Osaka. Beliau berkata:" Pada asasnya, kami akan terbang ke Los Angeles dan Ontario dahulu. Apabila jadual pesawat lebih fleksibel, kami akan tambah Bangkok, Tokyo dan Osaka. Kami berharap agar semua di seluruh dunia, sama ada di Asia atau Amerika, dapat melihat misi bersama kami dengan Disney yang membawa kegembiraan kepada seisi keluarga!”

Pesawat “Zootopia 2 Themed Livery” menggabungkan kreativiti dan elemen cerita, menampilkan reka bentuk warna-warni pada badan pesawat serta barangan khas dalam kabin. Setiap butiran dari luar ke dalam, termasuk pas masuk, tag bagasi, penutup alas kepala kerusi, kertas alas dulang makanan dan cawan bertema. Semuanya memaparkan watak serta elemen rekaan daripada filem tersebut. Penumpang juga boleh menonton semula filem pertama Zootopia melalui sistem hiburan dalam pesawat.

Selain itu, pesawat ini turut menyediakan hadiah eksklusif untuk penumpang cilik, termasuk pelekat berwarna-warni dan belon berbentuk pesawat yang meniru reka bentuk pesawat bertema itu. Hadiah-hadiah ini dijangka menjadikan perjalanan keluarga lebih menyeronokkan dan mencipta pengalaman penerbangan penuh tawa dan kenangan indah.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解