Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Kementerian Luar Negeri Taiwan: “Prinsip Satu China” yang Didakwa Beijing Tidak Berhak Campuri Kedaulatan Negara Lain

19/11/2025 16:15
Editor: Winnie Lee
Kementerian Luar Negeri Taiwan: “Prinsip Satu China” yang Didakwa Beijing Tidak Berhak Campuri Kedaulatan Negara Lain. (Foto fail Rti)
Kementerian Luar Negeri Taiwan: “Prinsip Satu China” yang Didakwa Beijing Tidak Berhak Campuri Kedaulatan Negara Lain. (Foto fail Rti)

China terus menguatkan naratif “Prinsip Satu China” dalam pelbagai situasi antarabangsa, termasuk kenyataan bersama dua hala, urusan APEC, interaksi Taiwan dengan negara berfikiran sehaluan, serta isu terbaru berkaitan jualan senjata Amerika Syarikat kepada Taiwan. Sebagai respons, Kementerian Luar Negeri Taiwan menegaskan bahawa kedua-dua sisi Selat Taiwan saling tidak berada di bawah bidang kuasa satu sama lain, dan ini adalah fakta objektif yang diakui masyarakat antarabangsa. Kementerian juga menekankan bahawa “Prinsip Satu China” hanyalah tuntutan unilateral Beijing, dan oleh itu China tidak mempunyai hak menggunakan prinsip tersebut untuk mengganggu keputusan berdaulat negara lain dalam hubungan mereka dengan Taiwan.

Pada 5 November, Pejabat Hal Ehwal Taiwan China membuat kenyataan bahawa penyertaan dalam APEC perlu berlandaskan “Prinsip Satu China”. Kementerian Luar Negeri Taiwan menjelaskan bahawa status keahlian Taiwan dalam APEC adalah di bawah nama “Chinese Taipei”, dan nota kemasukan Taiwan tidak mengandungi sebarang rujukan kepada “Prinsip Satu China”. Sebaliknya, dalam nota kemasukan China, hanya terdapat perkataan “taking note”. Berdasarkan ini, kementerian menegaskan bahawa APEC tidak pernah bersetuju atau menerima apa yang disebut China sebagai “Prinsip Satu China”, dan menegaskan bahawa negara berdaulat serta ekonomi anggota dalam APEC sememangnya mempunyai kedudukan yang berbeza.

Pada 13 November, Amerika Syarikat meluluskan jualan senjata bernilai USD 330 juta kepada Taiwan, melibatkan komponen dan alat ganti pesawat udara. Jurucakap Kementerian Pertahanan China kemudiannya menuduh melalui platform WeChat bahawa tindakan AS itu “melanggar Prinsip Satu China dan Tiga Komunike AS–China”, serta menyifatkannya sebagai “campur tangan kasar dalam urusan dalaman China”.

Kementerian Luar Negeri Taiwan mengecam keras kenyataan itu dan menegaskan bahawa Beijing memutarbelitkan konsep ‘Prinsip Satu China’ untuk menghalang kerjasama keselamatan biasa antara Taiwan dan AS. Jurucakap kementerian Hsiao Kuang-wei (蕭光偉) berkata:“Kementerian Luar Negeri mengecam sekeras-kerasnya. Kami menegaskan bahawa Republik China (Taiwan) dan Republik Rakyat China tidak saling berada di bawah pentadbiran satu sama lain, dan kerajaan China tidak pernah memerintah Taiwan.”

Kementerian turut menunjukkan bahawa China sejak kebelakangan ini kerap menghantar pesawat dan kapal perang ke kawasan sekitar, menjalankan provokasi ketenteraan berskala besar yang mengancam keamanan serantau. Komuniti antarabangsa jelas melihat bahawa China ialah pihak yang menjejaskan status quo, manakala Taiwan sebagai anggota bertanggungjawab di rantau ini akan terus mengekalkan status quo di Selat Taiwan, meningkatkan kemampuan pertahanan diri, serta bekerjasama dengan AS dan negara berkepentingan bersama untuk memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解