Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Lin Chia-lung (林佳龍): Hubungan Taiwan-Tuvalu Kekal Kukuh

19/11/2025 16:22
Editor: Winnie Lee
Perdana Menteri Tuvalu, Feleti Teo mengetuai delegasi melakukan lawatan negara ke Taiwan. (Foto dari Facebook Menteri Luar 林佳龍, Lin Chia-lung)
Perdana Menteri Tuvalu, Feleti Teo mengetuai delegasi melakukan lawatan negara ke Taiwan. (Foto dari Facebook Menteri Luar 林佳龍, Lin Chia-lung)

Perdana Menteri Tuvalu Feleti Teo mengetuai delegasi melakukan lawatan negara ke Taiwan. Pada 18 haribulan, Menteri Luar Negeri Taiwan Lin Chia-lung (林佳龍) menyatakan melalui platform media sosial bahawa Taiwan dan Tuvalu telah menandatangani “Perjanjian Kesatuan dan Kemakmuran Taiwan–Tuvalu”, iaitu perjanjian pertama yang memperkukuh kerjasama merentas pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Beliau menjelaskan bahawa kandungan perjanjian tersebut mengambil inspirasi daripada perkataan dalam bahasa Tuvalu, “Kaitasi” (bermaksud keluarga rapat), melambangkan ikatan kekeluargaan dan komitmen untuk mengekalkan hubungan diplomatik Taiwan–Tuvalu yang berkekalan. Tuvalu juga menegaskan sokongan berterusan terhadap penyertaan antarabangsa Taiwan pada masa hadapan — suatu bukti kukuh hubungan saling percaya antara kedua-dua negara.

Lin Chia-lung (林佳龍) turut menegaskan bahawa prinsip “berkongsikan kemakmuran dengan rakan sehaluan dan negara demokratik” merupakan nilai teras diplomasi Taiwan. Dalam menghadapi perubahan geopolitik global yang pesat serta cabaran perubahan iklim yang semakin ekstrem, Taiwan akan terus meneroka strategi inovatif dan pelbagai, memanfaatkan pengalaman industri berkeupayaan tinggi untuk membantu pembangunan negara sahabat, serta bekerjasama dengan rakan demokratik demi kemakmuran serantau dan global yang mampan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Saint Christopher dan Nevis, Terrance Drew telah mengetuai delegasi melawat Taiwan dari 13 hingga 17 haribulan. Sementara itu, Feleti Teo tiba di Taiwan pada 17 haribulan. Lin Chia-lung (林佳龍) menyatakan bahawa kunjungan berterusan negara-negara sahabat dalam dua minggu ini mencerminkan keakraban dan hubungan diplomatik yang teguh.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解