Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Ulang tahun ke-27 hubungan diplomatik antara Taiwan dan Kepulauan Marshall

21/11/2025 21:05
Editor: Sing Yee
Timbalan Menteri Luar Negera Taiwan, Ko Po-hsuan (kanan ke-4), bersama Duta Besar Republik Kepulauan Marshall ke Taiwan, Anjanette Kattil (kiri ke-4), mengadakan sambutan di Kementerian Luar Negeri pada 20 haribulan bagi meraikan ulang tahun ke-27 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
(Gambar disediakan oleh Kementerian Luar Negera)
Timbalan Menteri Luar Negera Taiwan, Ko Po-hsuan (kanan ke-4), bersama Duta Besar Republik Kepulauan Marshall ke Taiwan, Anjanette Kattil (kiri ke-4), mengadakan sambutan di Kementerian Luar Negeri pada 20 haribulan bagi meraikan ulang tahun ke-27 hubungan diplomatik kedua-dua negara. (Gambar disediakan oleh Kementerian Luar Negera)

Sempena ulang tahun ke-27 hubungan diplomatik antara Taiwan dan negara sahabat di Pasifik, Kepulauan Marshall, Kementerian Luar Negera hari ini (21hb) menyatakan bahawa Timbalan Menteri Luar Negera, Ko Po-hsuan, bersama Duta Besar Kepulauan Marshall ke Taiwan, Anjanette Kattil, mengadakan sambutan di kementerian. Kattil juga secara sukarela menyediakan kek untuk dinikmati bersama. Kementerian menegaskan bahawa selepas 27 tahun terjalinnya hubungan, kedua-dua negara telah menjadi seperti keluarga, dan Taiwan akan terus memajukan “Projek Negara Sahabat” melalui dasar diplomasi menyeluruh bagi memperdalam hubungan dua hala.

Taiwan dan Kepulauan Marshall menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1998. Menurut kementerian, kedua-dua negara telah bekerjasama rapat selama 27 tahun dalam bidang pendidikan, perubahan iklim, perubatan, pertanian dan keselamatan makanan, dan kerjasama ini akan diteruskan melalui Projek Negara Sahabat bagi mengukuhkan lagi hubungan. Jurucakap kementerian, Hsiao Kuang-wei, berkata, “Melalui konsep diplomasi menyeluruh, kita terus menggerakkan Projek Negara Sahabat bagi meningkatkan hubungan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.”

Kepulauan Marshall sentiasa menyokong penyertaan antarabangsa Taiwan. Di pentas seperti Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA), Perbahasan Umum PBB, Perhimpunan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), dan Persidangan Pihak-Pihak UNFCCC, mereka kerap bersuara bagi pihak Taiwan. Pertukaran lawatan peringkat tinggi juga berterusan. Presiden Lai Ching-te melawat Kepulauan Marshall pada Disember tahun lalu, manakala Presiden Marshall, Hilda C. Heine, melakukan lawatan negara ke Taiwan pada Jun tahun ini. Program Pertukaran Duta Belia Antarabangsa pada musim panas ini turut memilih Kepulauan Marshall sebagai lokasi lawatan.

Hubungan diplomatik Marshall dengan Amerika Syarikat juga sangat rapat. Selain “Perjanjian Persekutuan Bebas” (Compact of Free Association) yang terkenal, kenyataan “Perkongsian Amerika Syarikat–Republik Kepulauan Marshall” yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS pada 20 September turut menyebut kerjasama konkrit antara Taiwan dan AS di Marshall. Taiwan juga secara konsisten menjemput Marshall untuk menyertai aktiviti di bawah rangka kerja Global Cooperation and Training Framework (GCTF) apabila terdapat topik yang sesuai.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解