Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

NVIDIA Labur RM1 Bilion Untuk Tubuh Anak Syarikat di Taiwan. Kementerian Ekonomi Luluskan Hari Ini

21/11/2025 21:39
Editor: Sing Yee
NVIDIA Labur RM1 Bilion Untuk Tubuh Anak Syarikat di Taiwan. Gambar menunjukkan, pada Hari Teknologi Foxconn 2025 di Dewan Pameran 1, Nangang, Taipei, kali pertama dipamerkan pusat data modul AI dalam kontena yang dibangunkan menggunakan sistem NVIDIA GB300 NVL72. Sumber: CNA
NVIDIA Labur RM1 Bilion Untuk Tubuh Anak Syarikat di Taiwan. Gambar menunjukkan, pada Hari Teknologi Foxconn 2025 di Dewan Pameran 1, Nangang, Taipei, kali pertama dipamerkan pusat data modul AI dalam kontena yang dibangunkan menggunakan sistem NVIDIA GB300 NVL72. Sumber: CNA

Ibu pejabat NVIDIA Taiwan dijangka akan beroperasi di tapak T17 dan T18 Taman Teknologi Beitou-Shilin, dengan pelan pelaburan berjumlah NT$1 bilion untuk menubuhkan anak syarikat. Kementerian Ekonomi hari ini (21hb) mengeluarkan kenyataan media bahawa kerana projek pelaburan tersebut tidak melibatkan sektor yang dilarang atau terhad bagi pelaburan asing, permohonan NVIDIA untuk menubuhkan anak syarikat secara rasmi telah diluluskan.

Tapak T17 dan T18 di Taman Teknologi Beitou-Shilin kini dipegang oleh Shin Kong Life melalui hak guna tanah. Kerajaan Bandaraya Taipei sedang berunding dengan Shin Kong Life untuk menamatkan kontrak dengan bayaran persetujuan lebih NT$4.43 bilion, sebelum hak guna tanah khas diberikan kepada NVIDIA.

Mengenai proses penubuhan anak syarikat NVIDIA di Taiwan, Kementerian Ekonomi menjelaskan bahawa pada 26 September tahun ini, Bahagian Penilaian Pelaburan Kementerian meluluskan penubuhan NVIDIA Taiwan Classic Co., Ltd. Kemudian pada 12 November, NVIDIA memohon untuk mengubah pelan pelaburan dengan meningkatkan jumlah pelaburan kepada NT$1 bilion, yang akan digunakan untuk pembangunan bangunan komersial dan pejabat.

Kementerian Ekonomi menyatakan bahawa kerana projek pelaburan ini tidak melibatkan sektor yang dilarang atau terhad bagi pelaburan asing, setelah diteliti dan memenuhi syarat Undang-Undang Pelaburan Asing, permohonan NVIDIA telah diluluskan secara rasmi hari ini.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解