Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Macron Puji Usaha Taiwan Memerangi Maklumat Palsu

22/11/2025 22:08
Editor: Winnie Lee
Kementerian Luar Negeri menyatakan bahawa Taiwan bersedia berkongsi pengalaman menangani manipulasi maklumat dengan negara sehaluan termasuk Perancis, bagi bersama meningkatkan ketahanan demokrasi.(Fail foto Rti)
Kementerian Luar Negeri menyatakan bahawa Taiwan bersedia berkongsi pengalaman menangani manipulasi maklumat dengan negara sehaluan termasuk Perancis, bagi bersama meningkatkan ketahanan demokrasi.(Fail foto Rti)

Presiden Perancis Emmanuel Macron baru-baru ini secara terbuka memuji pengalaman Taiwan dalam menentang maklumat palsu. Kementerian Luar Negeri Taiwan hari ini (22hb) menyatakan penghargaan atas pengiktirafan Macron terhadap sistem Taiwan dalam memerangi disinformasi. Kementerian menegaskan bahawa maklumat palsu dan campur tangan asing telah menjadi cabaran bersama bagi negara-negara demokratik di seluruh dunia. Taiwan, yang sekian lama berhadapan ancaman perluasan kuasa autoritarian dan perang maklumat, telah membina ketahanan sosial serta mekanisme ketelusan, dan sebahagian pengalaman ini boleh dijadikan rujukan oleh rakan-rakan antarabangsa.

Kementerian Luar Negeri menyatakan bahawa Taiwan bersedia memperkukuh kerjasama dengan negara-negara yang berkongsi nilai yang sama, termasuk Perancis, dengan berkongsi strategi menangani manipulasi maklumat bagi meningkatkan ketahanan demokratik. Taiwan berharap dapat bekerjasama memerangi maklumat palsu, mempertahankan nilai kebebasan dan demokrasi serta mengekalkan aturan antarabangsa berasaskan peraturan.

Menurut Kementerian Luar Negeri, pada 19hb, Emmanuel Macron dalam siri dialog “Cabaran Kritikal terhadap Demokrasi di Bawah Pengaruh Media Sosial dan Algoritma” yang diadakan di Arras, utara Perancis, memuji Taiwan sebagai sistem demokrasi yang berada bersebelahan dengan sebuah kuasa besar yang tidak demokratik dan bermotif tidak baik. Beliau menyatakan bahawa Taiwan berjaya membangunkan sistem berkesan dalam menentang serangan maklumat berskala besar dari China, dan pengalaman tersebut wajar dijadikan rujukan oleh Perancis.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解