Kerajaan telah menjadikan “merangsang permintaan domestik” sebagai fokus utama pentadbiran, dan pengembangan sektor pelancongan merupakan strategi penting dalam usaha tersebut. Perdana Menteri Executive Yuan, Cho Jung-tai(卓榮泰), menyatakan bahawa kerajaan akan menarik lebih ramai pelancong asing ke Taiwan melalui empat pendekatan utama: penganjuran pameran dan ekspo berskala besar, persidangan antarabangsa, ekonomi konsert, serta pertandingan sukan antarabangsa.
Pada 22 haribulan, Cho Jung-tai(卓榮泰) menghadiri majlis pembukaan “Festival Seni Kereta Api Fugang”(富岡鐵道藝術節). Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa belanjawan kebangsaan tahun hadapan menjadikan “pengukuhan permintaan domestik” sebagai matlamat teras. Menghadapi era pasca-tarif, Taiwan perlu memperkukuhkan daya penggerak domestik bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan, dan pengembangan pelancongan merupakan strategi utama.
Beliau berkata:“Kami berharap dapat menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Taiwan. Terdapat empat cara utama: pertama, ekonomi MICE dengan pameran dan ekspo berskala besar; kedua, ekonomi persidangan antarabangsa melalui penganjuran mesyuarat global oleh pertubuhan besar; ketiga, ekonomi konsert seperti di Kaohsiung yang kini penuh dengan acara hiburan; dan keempat, pertandingan sukan antarabangsa. Apabila keempat-empat sektor ini digabungkan, ia dapat meningkatkan lagi industri pelancongan negara.”
Beliau turut menekankan bahawa ekonomi kereta api merupakan bahagian penting dalam mempromosikan pelancongan Taiwan. Taiwan Railways (TRA) telahmemperkenalkan beberapa kereta api pelancongan, dan sekiranya pemasaran serta promosi dapat digabungkan secara menyeluruh, Taiwan berpeluang menarik lebih ramai peminat kereta api dari dalam dan luar negara, sekaligus meningkatkan keupayaan keseluruhan sektor pelancongan.
Cho Jung-tai(卓榮泰) berharap model “Festival Seni Kereta Api Fugang”(富岡鐵道藝術節) dapat diperluaskan secara berperingkat, agar setiap stesen kereta api dapat menonjolkan kisah unik dan budaya setempat. Beliau menegaskan bahawa TRA merupakan infrastruktur pengangkutan paling penting dan bersejarah di Taiwan, dan kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai rancangan untuk mengembangkan budaya kereta api serta pembangunan komuniti setempat secara serentak.