Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Debat Cuti 3 Hari Seminggu: Thomas Wu (吳東亮) Ragui Manfaat kepada Pekerja

26/11/2025 15:43
Editor: Winnie Lee
Persatuan Industri dan Perdagangan Taiwan mengadakan “Sarapan Industri ke-114” di Hotel Palais, Taipei. Perdana Menteri  Chuo Jung-tai(卓榮泰) (kiri) hadir dan bersalaman dengan Pengerusi Thomas Wu(吳東亮) (kanan). (Foto: CNA)
Persatuan Industri dan Perdagangan Taiwan mengadakan “Sarapan Industri ke-114” di Hotel Palais, Taipei. Perdana Menteri Chuo Jung-tai(卓榮泰) (kiri) hadir dan bersalaman dengan Pengerusi Thomas Wu(吳東亮) (kanan). (Foto: CNA)

Cadangan orang ramai di Platform Dasar Awam untuk melaksanakan minggu kerja dengan cuti 3 hari telah memperoleh lebih 5,000 sokongan. Pengerusi Persatuan Industri dan Perdagangan, Thomas Wu (吳東亮), dalam sidang media selepas Sarapan Industri hari ini (26hb), menyatakan bahawa kebanyakan negara maju masih berada pada peringkat percubaan berskala kecil. Jika Taiwan terus melaksanakannya, perlu menilai sama ada perusahaan mampu menanggung kesannya. Beliau juga menegaskan, sekiranya pengurangan waktu kerja menyebabkan pendapatan pekerja menurun, “itu belum tentu perkara baik”.

Thomas Wu (吳東亮) berkata bahawa walaupun cuti 3 hari seminggu adalah satu ideal yang diimpikan ramai, namun tiada negara maju yang benar-benar melaksanakannya sebagai sistem arus perdana.

Beliau menambah, perusahaan ketika ini sudah pun menghadapi kekurangan tenaga kerja. Jika cuti 3 hari dilaksanakan, “dari mana syarikat mahu mencari pekerja tambahan?” Beliau berkata bahawa jika waktu kerja berkurang tetapi gaji kekal sama, itu sudah tentu bagus, tetapi jika pendapatan turut berkurangan, ia tidak semestinya menguntungkan pekerja.

Mengenai prospek ekonomi tahun depan, Thomas Wu (吳東亮) mengekalkan sikap berhati-hati tetapi optimis. Beliau menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi tahun ini banyak disokong oleh permintaan AI, dan selagi pelaburan empat syarikat teknologi utama AS tidak merosot, ia akan terus memberi manfaat kepada Taiwan. Namun, beliau juga menyebut fenomena “M-shape” dalam perkembangan industri Taiwan, di mana sektor teknologi berkembang pesat sementara industri tradisional lemah. Langkah-langkah kerajaan untuk membantu industri tradisional diharap dapat mengurangkan jurang ini dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Berhubung laporan The Economist yang menyebut Taiwan menghadapi risiko struktur “penyakit Taiwan” akibat kadar pertukaran dolar Taiwan yang dinilai terlalu rendah, Thomas Wu (吳東亮) berkata bahawa prestasi ekonomi Taiwan seharusnya tidak dianggap sebagai “sedang sakit”. Namun, beliau menekankan perlunya berhati-hati dalam menangani jurang pembangunan industri M-shape. Beliau turut menilai bahawa dasar kadar faedah bank pusat setakat ini adalah sesuai dan membantu menyokong pertumbuhan ekonomi.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解