Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Jurang Kaya Miskin Global Semakin Melebar. Laporan: Kurang daripada 60,000 orang menguasai 6% kekayaan dunia

12/12/2025 23:05
Editor: Sing Yee

Menurut satu laporan, kira-kira 60,000 orang—hanya 0.001% daripada populasi dunia menguasai kekayaan yang tiga kali ganda lebih besar daripada separuh populasi dunia yang paling miskin, menunjukkan jurang kaya–miskin global telah mencapai tahap yang sangat ekstrem dan memerlukan tindakan segera.

Menurut laporan The Guardian, kajian “Laporan Ketidaksamaan Global 2026” (World Inequality Report 2026) yang disusun oleh 200 orang penyelidik mendapati bahawa 10% penduduk dengan pendapatan tertinggi memperoleh pendapatan lebih banyak daripada jumlah pendapatan 90% penduduk selebihnya, manakala separuh penduduk dunia yang termiskin hanya menerima kurang daripada 10% jumlah pendapatan global.

Laporan itu menyatakan bahawa 0.001% penduduk terkaya dunia telah meningkatkan penguasaan mereka terhadap kekayaan global daripada hampir 4% pada tahun 1995 kepada lebih 6% pada masa kini, manakala kekayaan para jutawan meningkat secara purata sekitar 8% setahun sejak 1990-an, hampir dua kali ganda daripada kadar pertumbuhan kekayaan separuh penduduk terbawah.

Menurut laporan tersebut, 10% penduduk terkaya dunia memiliki 75% daripada kekayaan global, sedangkan separuh terbawah hanya memiliki 2%.

Ketua penulis laporan itu, Ricardo Gomez-Carrera dari Paris School of Economics, bersama pasukannya menulis“Keadaan ini mewujudkan sebuah dunia di mana sebilangan kecil individu menguasai kuasa kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sementara berbilion orang lain sukar memperoleh kestabilan ekonomi paling asas.”

Salah seorang penulis laporan itu, ahli ekonomi terkenal Perancis Thomas Piketty, menyatakan bahawa ketidaksamaan “telah lama menjadi ciri ketara ekonomi global”, namun pada tahun 2025 ia telah “mencapai tahap yang memerlukan perhatian segera”.

Laporan tersebut menegaskan bahawa jurang yang begitu ekstrem ini sudah menimbulkan tekanan tidak lestari terhadap masyarakat dan ekosistem.

Laporan ini diterbitkan setiap empat tahun bersama UNDP (Program Pembangunan PBB) dan berdasarkan pangkalan data terbuka terbesar dunia mengenai ketidaksamaan ekonomi, menjadi rujukan penting dalam perbincangan awam antarabangsa.

Laporan itu turut menunjukkan bagaimana ketidaksamaan peluang membawa kepada ketidaksamaan hasil. Contohnya, perbelanjaan pendidikan per kanak-kanak di Eropah dan Amerika Utara adalah lebih 40 kali ganda berbanding Afrika Sub-Sahara.

Laporan itu menganggarkan bahawa jika cukai global 3% dikenakan ke atas kurang daripada 100,000 orang bilionair dunia, ia boleh mengumpulkan AS$750 bilion setahun, bersamaan dengan jumlah bajet pendidikan semua negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Laporan itu juga menegaskan bahawa sistem kewangan global menyumbang kepada ketidaksamaan kerana strukturnya memihak kepada negara kaya, membolehkan mereka meminjam dengan kos rendah dan mendapat pulangan tinggi di luar negara.

Dalam aspek ketidaksamaan jantina, laporan tersebut menyatakan bahawa jurang gaji “masih wujud di semua rantau”. Jika tidak mengambil kira kerja tidak berbayar, pendapatan sejam wanita hanyalah 61% daripada lelaki; jika termasuk kerja tidak berbayar, ia hanya 32%.

Laporan itu menekankan bahawa ketidaksamaan boleh dikurangkan, terutamanya melalui pelaburan dalam pendidikan dan kesihatan awam, serta dasar percukaian dan pengagihan semula yang berkesan. Namun, di banyak negara, golongan ultra-kaya masih mampu mengelak cukai.

 

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解