Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Sanae Takaichi sekali lagi nyatakan pendirian terhadap isu Selat Taiwan, harap masalah diselesaikan secara damai

15/12/2025 21:43
Editor: Eric Yong
Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi (Gambar fail).
Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi (Gambar fail).

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, hari ini (15 Disember) ketika menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Belanjawan Dewan Tinggi, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parti Komunis, Yamazoe Taku, berhubung isu Selat Taiwan. Dalam jawapannya, beliau menegaskan bahawa masalah Taiwan harus diselesaikan melalui dialog secara damai.

Menurut laporan South China Morning Post yang berpangkalan di Hong Kong, Yamazoe Taku bertanya sama ada kemungkinan penglibatan Jepun dalam tindakan ketenteraan akan melanggar konsensus jangka panjang antara China dan Jepun mengenai Taiwan. Sanae Takaichi menjelaskan: “Pendirian konsisten Jepun adalah bahawa isu berkaitan Taiwan harus diselesaikan melalui dialog secara damai.”

(Disunting oleh Liao Yiting (廖奕婷))

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解