Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

New York Times lapor cukai timbal balik Amerika terhadap Taiwan turun kepada 15% Eksekutif Yuan: Taiwan–Amerika telah capai konsensus, akan adakan mesyuarat penutup

13/01/2026 18:48
Editor: Eric Yong
Gambar menunjukkan bendera Amerika Syarikat dan Republik China (Taiwan). (Foto arkib CNA)
Gambar menunjukkan bendera Amerika Syarikat dan Republik China (Taiwan). (Foto arkib CNA)

New York Times melaporkan bahawa perjanjian perdagangan Taiwan–Amerika Syarikat hampir selesai, termasuk penurunan kadar cukai terhadap Taiwan kepada 15%, serta syarat bahawa Taiwan Semiconductor Manufacturing Company perlu membina sekurang-kurangnya lima kilang tambahan di Amerika. Jurucakap Eksekutif Yuan, Li Huizhi (李慧芝), hari ini (13hb) menjelaskan bahawa kedua-dua pihak telah mencapai “konsensus besar” mengenai isu-isu penting, dan kini sedang membincangkan jadual mesyuarat penutup sebelum diumumkan kepada umum.

Cukai timbal balik Amerika yang mula dilaksanakan pada Ogos 2025 telah berjalan hampir setengah tahun, namun Taiwan masih dikenakan kadar sementara 20% secara bertindih. Laporan terbaru New York Times , memetik beberapa sumber yang mengetahui rundingan, menyatakan bahawa perjanjian perdagangan hampir dimuktamadkan, dengan kadar cukai terhadap Taiwan bakal diturunkan kepada 15%, dan TSMC akan meningkatkan pelaburan di Amerika dengan membina sekurang-kurangnya lima kilang baharu.

Menjawab perkara ini, Li Huizhi menegaskan bahawa matlamat rundingan cukai Taiwan–Amerika adalah untuk menurunkan kadar cukai timbal balik, mengelakkan cukai berganda, serta mendapatkan keistimewaan di bawah “Seksyen 232” Amerika. Beliau berkata kedua-dua pihak kini telah mencapai “konsensus besar” dan sedang membincangkan jadual mesyuarat penutup, yang akan diumumkan selepas disahkan.

Li Huizhi berkata: “Buat masa ini kedua-dua pihak sedang membincangkan jadual mesyuarat penutup, selepas disahkan akan diumumkan kepada umum. Selepas pusingan kelima mesyuarat fizikal Taiwan–Amerika, pihak kami meneruskan perbincangan melalui sidang video dan pertukaran dokumen bertulis, menggunakan model Taiwan untuk berbincang dengan Jabatan Perdagangan Amerika mengenai kerjasama rantaian bekalan. Kami juga meminta Amerika menyediakan bantuan dalam mendapatkan tanah, bekalan air dan elektrik, visa serta kemudahan pentadbiran, bagi mewujudkan persekitaran pelaburan yang menguntungkan syarikat Taiwan.”

Beliau menekankan bahawa pihak Taiwan terus bertukar dokumen dengan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika bagi mengesahkan kandungan perjanjian perdagangan masa depan, dan kini telah mencapai tahap konsensus tertentu. Selepas mesyuarat penutup Taiwan–Amerika, kedua-dua pihak akan mengumumkan isi utama perjanjian. Taiwan juga akan menjelaskan sepenuhnya kepada Parlimen dan masyarakat mengenai proses rundingan serta kandungan perjanjian, dan mengikut prosedur undang-undang, menyerahkan teks penuh perjanjian serta penilaian kesan kepada Parlimen untuk dibahaskan.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解