Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Taiwan-Kanada Rakan Sehaluan: Lin Chia-lung Harap Kerjasama Mineral Kritikal

14/01/2026 17:06
Editor: Winnie Lee
Menteri Luar Lin Chia-lung (林佳龍, kanan) bersalaman dengan Melissa Lantsman (kiri), ketua delegasi Ahli Parlimen Kanada, dalam majlis jamuan pada 13 Jan. (Foto: Facebook Lin Chia-lung林佳龍)
Menteri Luar Lin Chia-lung (林佳龍, kanan) bersalaman dengan Melissa Lantsman (kiri), ketua delegasi Ahli Parlimen Kanada, dalam majlis jamuan pada 13 Jan. (Foto: Facebook Lin Chia-lung林佳龍)

Mengenai hubungan dua hala antara Taiwan dan Kanada, Menteri Luar Taiwan Lin Chia-lung(林佳龍) menyatakan pada 13 haribulan, ketika menerima kunjungan delegasi ahli Parlimen Kanada, bahawa Taiwan dan Kanada berkongsi nilai teras yang sama serta mempunyai struktur ekonomi yang sangat saling melengkapi. Dalam situasi global di mana daya tahan rantaian bekalan semakin penting, Taiwan bersedia untuk memperdalam pertukaran dan kerjasama dengan rakan demokrasi, serta terus memperluas hasil kerjasama dalam bidang teknologi, perubatan dan pertanian sebagai sumber pertumbuhan baharu. Pada masa hadapan, Taiwan juga berharap kerjasama dapat diperluaskan ke bidang semikonduktor, kecerdasan buatan, tenaga serta mineral kritikal.

Delegasi Parlimen Kanada yang melawat Taiwan terdiri daripada Ahli Dewan Rakyat Persekutuan Kanada Melissa Lantsman, Adam Chambers dan Shelby Kramp-Neuman. Lin telah mengadakan jamuan makan malam bagi menyambut ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut pada 13 haribulan. Dalam hantaran Facebook beliau, Lin menyatakan bahawa ini merupakan delegasi Parlimen pertama dari Kanada yang melawat Taiwan selepas kerajaan baharu Kanada memegang jawatan, dan lawatan ini mempunyai makna yang sangat penting.

Lin turut menegaskan bahawa sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Kanada telah beberapa kali menghantar kapal perang melalui Selat Taiwan, sebagai tindakan nyata menyokong kebebasan pelayaran serta keamanan dan kestabilan serantau. Ini menunjukkan bahawa usaha mengekalkan keamanan dan kestabilan Selat Taiwan telah menjadi satu konsensus dalam komuniti antarabangsa. Dari segi kerjasama berinstitusi, kedua-dua pihak juga telah mencapai kemajuan konkrit, termasuk menandatangani Perjanjian Promosi dan Perlindungan Pelaburan, Perjanjian Kerjasama Sains, Teknologi dan Inovasi, serta bekerjasama melalui memorandum persefahaman untuk membanteras aktiviti perikanan haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal selia.

Beliau menyatakan harapan agar kedua-dua pihak dapat terus memperluas skop kerjasama ke bidang semikonduktor, kecerdasan buatan, tenaga dan mineral kritikal. Ini kerana Taiwan dan Kanada bukan sahaja rakan kongsi yang sehaluan dari segi nilai, malah mempunyai struktur ekonomi yang sangat saling melengkapi, serta berkongsi nilai teras seperti demokrasi, kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.

Jurucakap Kementerian Luar Taiwan, Hsiao Kuang-wei(蕭光偉), berkata bahawa Taiwan dan Kanada merupakan rakan kerjasama yang rapat serta sehaluan dari segi prinsip. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang kesihatan, teknologi serta ekonomi dan perdagangan juga terus diperluaskan, sekali gus mencerminkan hubungan dan interaksi yang semakin erat antara Taiwan dan Kanada di rantau Indo-Pasifik.

Lin Chia-lung turut menekankan bahawa dalam menghadapi peluasan pengaruh autoritarianisme, Taiwan akan terus berdiri bersama Kanada dan rakan demokrasi global. Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-40 penubuhan Pejabat Perdagangan Kanada di Taiwan, satu pencapaian penting dalam hubungan dua hala. Beliau berharap Taiwan dan Kanada dapat terus bekerjasama rapat bagi menghangatkan lagi persahabatan ini.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解