Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Tahniah! Rancangan Sepanyol & Jepun Ungguli Carta Radio Gelombang Pendek Global 2025

14/01/2026 17:12
Editor: Winnie Lee
Pengaruh penyiaran antarabangsa RTI terus diiktiraf susulan kejayaan perkhidmatan Bahasa Sepanyol dan Jepun merangkul anugerah berturut-turut. Gambar menunjukkan dinding korporat RTI.
Pengaruh penyiaran antarabangsa RTI terus diiktiraf susulan kejayaan perkhidmatan Bahasa Sepanyol dan Jepun merangkul anugerah berturut-turut. Gambar menunjukkan dinding korporat RTI.

Tahniah diucapkan kepada program bahasa Sepanyol Radio Taiwan International(中央廣播電臺,RTI) yang sekali lagi berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa. Dalam undian pendengar anjuran kelab pendengar Brazil “Club de Sin Fronteras / Club dos Sem Fronteiras(無國界俱樂部)”, program bahasa Sepanyol RTI telah dinobatkan sebagai “Stesen Radio Antarabangsa Bahasa Sepanyol Paling Popular Tahun 2025” tempat pertama.

Undian global kali ini melibatkan pendengar dari 22 buah negara, dengan kadar pendengaran harian mencecah 44 peratus, sekali gus mencerminkan asas pendengar antarabangsa yang kukuh serta pengaruh global yang kuat. Pencapaian ini juga amat bermakna bersempena ulang tahun ke-50 penubuhan program bahasa Sepanyol RTI pada tahun 2026.

Senarai anugerah yang dimenangi adalah seperti berikut:

-Stesen Gelombang Pendek Paling Popular — Program Bahasa Sepanyol RTI(Tempat Pertama)

-Program Surat Pendengar Paling Popular(Tempat Pertama)

-Stesen Laporan Berita Terbaik(Tempat Pertama)

-Penyampai Wanita Terbaik: Andrea Wang(王安德烈)(Tempat Pertama)

Selain itu, penyampai dan program RTI yang lain turut mencatat prestasi cemerlang:

-Hung Shih-ching(洪時晴) — Penyampai Wanita Terbaik(Tempat Ketiga)

-Fan Bo-wen(樊博聞), Zuo Yi-shuai(左伊帥) — Penyampai Lelaki Terbaik(Tempat Keempat bersama)

-Program “Live: Santai Ikuti Berita” — Program Komprehensif Terbaik(Tempat Keempat)

-Ye Tzu-ying(葉姿瑩) — Penyampai Wanita Terbaik(Tempat Keenam)

Program bahasa Sepanyol RTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pendengar yang setia, pihak penganjur penilaian, serta seluruh pasukan produksi di belakang tabir. RTI juga berharap dapat terus menghasilkan kandungan siaran berkualiti tinggi demi menggalakkan pertukaran dan saling pemahaman budaya antara Taiwan dan dunia.

Sementara itu, program bahasa Jepun RTI turut mencatat kejayaan cemerlang. Pada Pesta Radio Amatur Jepun 2025 (Ham Fair/ハムフェア) — acara radio amatur terbesar di Jepun — RTI telah dinobatkan sebagai Stesen Paling Popular Tempat Pertama dalam penilaian stesen penyiaran luar negara yang diadakan pada 23 dan 24 Ogos lalu di Gimnasium GYM-EX Ariake, Tokyo.

Penilaian tersebut dijalankan di gerai Japan Short Wave Club(日本短波俱樂部,JSWC), di mana RTI menduduki tempat pertama dalam dua kategori utama, iaitu:

-Kedudukan Populariti Stesen Gelombang Pendek

-Perkhidmatan Siaran Bahasa Jepun Berjadual Paling Popular

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut program bahasa Jepun RTI meraih kedua-dua anugerah ini, selepas kejayaan yang sama pada Ham Fair 2024. Program bahasa Jepun RTI yang telah bersiaran selama 76 tahun terus mendapat sokongan padu pendengar berbahasa Jepun, sekali gus menyumbang besar kepada pertukaran dan persahabatan Taiwan–Jepun.

Pesta Radio Amatur Jepun (Ham Fair) ialah acara tahunan yang diadakan setiap musim panas dan merupakan ekspo radio amatur terbesar di Jepun. Setiap tahun, dua penilaian utama diadakan, iaitu undian populariti stesen gelombang pendek serta undian perkhidmatan siaran bahasa Jepun berjadual paling popular.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解