Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

ASEAN Jadi Sumber Pesanan Kedua Terbesar Taiwan pada 2025, Mengatasi Eropah dan China

21/01/2026 16:03
Editor: Winnie Lee
Hasil statistik pesanan eksport bulan Disember 2025. (Gambar: Pejabat Statistik, Kementerian Ekonomi)
Hasil statistik pesanan eksport bulan Disember 2025. (Gambar: Pejabat Statistik, Kementerian Ekonomi)

Pejabat Statistik Kementerian Ekonomi Taiwan semalam mengumumkan statistik pesanan eksport untuk tahun 2025. Menariknya, nilai pesanan dari ASEAN mencapai USD 139.5 bilion, bukan sahaja mencatat rekod tertinggi baru, malah mengatasi Eropah dan China, menjadikannya kawasan kedua terbesar dari segi pesanan, hanya selepas Amerika Syarikat.

Menurut Pejabat Statistik, permintaan teknologi baru seperti AI dan pengkomputeran berprestasi tinggi telah mendorong pesanan ke Amerika Syarikat mencapai USD 268.3 bilion, mencatat rekod sejarah dan menjadikannya sumber pesanan terbesar Taiwan. Nilainya hampir 1.95 kali ganda pesanan ke China/Hong Kong, dengan kadar pertumbuhan tahunan 38.6%.

Pesanan dari ASEAN berada di tangga kedua, meningkat 41.2% berbanding tahun sebelumnya, mencatat kadar pertumbuhan kedua tertinggi dalam sejarah. Tempat ketiga ialah pesanan ke China dan Hong Kong sebanyak USD 137.8 bilion, meningkat 8.7%.

Pejabat Statistik menekankan bahawa dengan kesan tarif dan pemindahan rantaian bekalan, pesanan dari ASEAN terus berkembang. Pada 2024, pesanan dari ASEAN sudah mengatasi Eropah, dan pada 2025 pula mengungguli China/Hong Kong. Namun, sama ada ASEAN dapat mengekalkan kedudukan kedua terbesar bergantung kepada sejauh mana ekonomi China pulih tahun ini dan permintaan meningkat, kata Pejabat Statistik, dan ia perlu dipantau dari semasa ke semasa.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解