Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Senator Negeri Arizona melawat Taiwan, Kementerian Luar: Mempunyai makna simbolik yang penting

23/01/2026 22:06
Editor: Sing Yee

Senator Persekutuan Amerika Syarikat, Ruben Gallego, mengadakan lawatan ke Taiwan dari 22 hingga 24 haribulan bersama pegawai kanan Kongres. Menteri Luar Taiwan, Lin Chia-lung, hari ini (23 haribulan) menyatakan sambutan yang tulus serta merakamkan penghargaan kepada Kongres Amerika Syarikat atas sokongan teguh dan berterusan terhadap Taiwan yang ditunjukkan melalui tindakan nyata. Kementerian Luar menegaskan bahawa rundingan tarif antara Taiwan dan Amerika Syarikat telah menamatkan mesyuarat rumusan pada 16 haribulan waktu Taiwan, manakala penerbangan terus antara Taipei dan Phoenix juga berjaya dilancarkan pada 15 haribulan. Lawatan Senator Gallego pada saat hubungan Taiwan–AS mencapai beberapa pencapaian penting ini mempunyai makna simbolik yang besar.

Kementerian Luar memaklumkan bahawa Gallego pernah melawat Taiwan pada tahun 2018 ketika berkhidmat sebagai Ahli Dewan Perwakilan Persekutuan. Lawatan kali ini merupakan kunjungan pertamanya ke Taiwan sebagai Senator Persekutuan, dan beliau juga merupakan ahli Kongres Amerika Syarikat pertama yang melawat Taiwan pada tahun ini. Sepanjang berada di Taiwan, beliau dijadualkan menghadap Presiden Lai Ching-te dan Naib Presiden Hsiao Bi-khim, serta akan diraikan dalam jamuan rasmi oleh Menteri Luar Lin Chia-lung. Kedua-dua pihak akan bertukar pandangan mengenai hubungan ekonomi dan perdagangan Taiwan–AS, keselamatan, serta situasi serantau.

Kementerian Luar menegaskan bahawa di bawah strategi teras diplomasi menyeluruh, Taiwan akan terus bekerjasama erat dengan rakan-rakan dalam Kongres dan cabang eksekutif Amerika Syarikat bagi memperkukuh perkongsian rapat Taiwan–AS, memajukan kepentingan bersama, serta seterusnya mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau. Jurucakap Kementerian Luar, Hsiao Kuang-wei, berkata, “Berdasarkan asas kukuh hubungan Taiwan–AS, kami akan mengekalkan komunikasi rapat dengan Kongres dan cabang eksekutif Amerika Syarikat, serta secara mantap memajukan perkongsian kerjasama global Taiwan–AS dalam pelbagai bidang.”

Kementerian Luar turut menyatakan bahawa Gallego telah berulang kali menyuarakan kepentingan tinggi terhadap hubungan keselamatan Taiwan–AS, secara aktif menyokong pendalaman kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala, menggalakkan penyelesaian isu percukaian berganda, serta berusaha merealisasikan penerbangan terus antara Taipei dan Phoenix, Arizona.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解