Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Kementerian Luar: Kedua-dua Pihak Tidak Membincangkan Perubahan Nama Pejabat Lithuania

13/02/2026 18:56
Editor: Wong Loteng
Kementerian Luar: Kedua-dua Pihak Tidak Membincangkan Perubahan Nama Pejabat Lithuania (Foto: Reuters)
Kementerian Luar: Kedua-dua Pihak Tidak Membincangkan Perubahan Nama Pejabat Lithuania (Foto: Reuters)

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan media pada Khamis, 12 Februari, menegaskan bahawa nama Pejabat Perwakilan Taiwan di Lithuania merupakan hasil persetujuan bersama antara kedua-dua pihak, dan setakat ini tiada perbincangan diadakan mengenai sebarang perubahan nama.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap laporan media tempatan yang memetik Perdana Menteri Lithuania, Inga Ruginienė, pada Rabu, bahawa beliau tidak menolak kemungkinan menamakan semula Pejabat Perwakilan Taiwan di Vilnius kepada “Pejabat Perwakilan Taipei”.

Kementerian Luar Negeri menegaskan bahawa Taiwan dan Lithuania ialah rakan kongsi yang berkongsi nilai demokrasi yang sama. Pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Lithuania untuk memperkukuh kerjasama saling menguntungkan dalam bidang seperti teknologi laser, semikonduktor dan kewangan. Usaha tersebut bertujuan memperdalam hubungan ekonomi serta perdagangan dua hala, di samping meningkatkan daya tahan ekonomi dalam kalangan negara demokrasi.

Dalam temu bual bersama Radio dan Televisyen Kebangsaan Lithuania pada hari yang sama, Penasihat Kanan Presiden, Asta Skaisgirytė, turut menjelaskan bahawa meskipun terdapat perbincangan dalam kalangan diplomatik mengenai kemungkinan memulihkan hubungan dengan China — termasuk cadangan menukar nama pejabat atau bahkan menutupnya — Lithuania tidak berhasrat mengambil langkah sedemikian.

Beliau menegaskan bahawa Lithuania kekal optimis terhadap pencapaian serta prospek kerjasama dengan Taiwan dalam bidang ekonomi, saintifik dan kebudayaan.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解