Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Presiden: Gelombang Teknologi Sekali Dalam Seabad. Taiwan Perlu Berevolusi Menjadi “Pasukan Kuantum Antarabangsa”

06/03/2026 23:33
Editor: Sing Yee
Pengumuman Strategi Nasional Pengkomputeran Kuantum Berkelajuan Tinggi” yang dianjurkan oleh Majlis Sains dan Teknologi Kebangsaan telah diadakan pada 6 haribulan. Presiden Lai Ching-te menyatakan bahawa Taiwan akan memanfaatkan kelebihan dalam proses pembuatan semikonduktor maju bagi terus memacu pembangunan teknologi kuantum negara. (Sumber: Rti)
Pengumuman Strategi Nasional Pengkomputeran Kuantum Berkelajuan Tinggi” yang dianjurkan oleh Majlis Sains dan Teknologi Kebangsaan telah diadakan pada 6 haribulan. Presiden Lai Ching-te menyatakan bahawa Taiwan akan memanfaatkan kelebihan dalam proses pembuatan semikonduktor maju bagi terus memacu pembangunan teknologi kuantum negara. (Sumber: Rti)

Majlis Pelancaran Strategi Nasional “Sepuluh Projek Pembinaan AI Baharu : Pengkomputeran Kuantum Berkelajuan Tinggi” yang dianjurkan oleh Majlis Sains dan Teknologi Kebangsaan telah berlangsung hari ini (6 Mac). Presiden Lai menyatakan bahawa teknologi kuantum merupakan gelombang teknologi yang hanya muncul sekali dalam seabad. Teknologi kuantum Taiwan kini sedang bergerak daripada peringkat penyelidikan saintifik ke arah aplikasi praktikal. Kerajaan sedang giat mempromosikan Sepuluh Projek Pembinaan AI Baharu, dan pengkomputeran kuantum berkelajuan tinggi merupakan salah satu teknologi terasnya. Beliau berkata, pada masa hadapan Taiwan akan memanfaatkan kelebihan dalam proses pembuatan semikonduktor maju bagi membolehkan “pasukan kuantum nasional Taiwan” berkembang menjadi “pasukan kuantum antarabangsa”, sambil bekerjasama dengan rakan negara demokratik untuk membina perkongsian rantaian bekalan kritikal.

Beliau juga berkata, “Ini menandakan bahawa teknologi kuantum Taiwan telah bergerak daripada penyelidikan asas kepada aplikasi praktikal, dan juga melambangkan bahawa kita membuka tangan untuk melangkah daripada pasukan kuantum nasional ke arah pasukan kuantum dunia dan antarabangsa. Seperti yang disebut oleh Profesor Kuo Shang-Chih(果尚志) (penyelaras kumpulan pemajuan sistem kuantum) sebentar tadi, kita sedang menyambut gelombang teknologi yang hanya berlaku sekali dalam seabad, iaitu gabungan kecerdasan buatan dan pengkomputeran kuantum.”

Presiden Lai turut menyatakan bahawa kerajaan akan memacu pembangunan teknologi Taiwan secara seimbang melalui latihan bakat, Pusat Pengkomputeran Nasional serta Pusat Data Nasional, di samping memastikan bekalan elektrik yang stabil. Beliau menambah bahawa pelaksanaan Sepuluh Projek Pembinaan AI Baharu mempunyai beberapa matlamat, termasuk menjadikan Taiwan sebagai ekosistem inovasi dan keusahawanan dalam era AI, membantu perusahaan kecil dan sederhana melaksanakan transformasi pintar, serta membina ekosistem kehidupan era AI supaya pelbagai industri dapat memanfaatkan AI untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memacu pembangunan ekonomi.

Presiden Lai juga menyebut bahawa semasa pentadbiran bekas Presiden Tsai Ing-wen, pelan fasa pertama teknologi kuantum telah dilaksanakan, dan Taiwan kini mempunyai keupayaan untuk menghasilkan cip pengkomputeran kuantum sendiri serta membangunkan komputer kuantum. Beliau akan menyokong sepenuhnya pelan fasa kedua sebagai sokongan kukuh kepada pembangunan industri.

Sementara itu, Wu Cheng-wen(吳誠文) menyatakan bahawa pelan fasa pertama telah mencapai beberapa hasil penting. Pelan fasa kedua pula akan memberi tumpuan kepada “memanfaatkan kelebihan semikonduktor untuk menarik kerjasama antarabangsa”, serta menggunakan kekuatan rantaian bekalan untuk memasuki ekosistem kuantum global. Kerajaan juga akan memperkukuh kerjasama antara kementerian bagi menjadikan Taiwan pemain penting yang tidak boleh diabaikan dalam pembangunan teknologi kuantum global.

Majlis Sains dan Teknologi Kebangsaan turut mengumumkan empat strategi utama dalam pembangunan teknologi kuantum, iaitu melancarkan platform pengesahan di utara Taiwan, membina pusat kuasa pengkomputeran HPQC di selatan Taiwan, membangunkan rantaian bekalan industri, serta menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam pembangunan perisian dan sistem. Pada masa yang sama, platform “Pengesahan Subsistem Komputer Kuantum” di utara Taiwan juga telah dirasmikan secara rasmi dalam majlis pelancaran tersebut.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解