Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Surcaj bahan api naik, tiket penerbangan dijangka mahal

28/03/2026 23:12
Editor: Winnie Lee
 Persatuan Jaminan Kualiti Industri Pelancongan Republik China hari ini memaklumkan bahawa beberapa syarikat penerbangan telah mula memberi notis kepada agensi pelancongan mengenai pelarasan naik surcaj bahan api mulai April.(Gambar menunjukkan penerbangan di Lapangan Terbang Taoyuan.)
Persatuan Jaminan Kualiti Industri Pelancongan Republik China hari ini memaklumkan bahawa beberapa syarikat penerbangan telah mula memberi notis kepada agensi pelancongan mengenai pelarasan naik surcaj bahan api mulai April.(Gambar menunjukkan penerbangan di Lapangan Terbang Taoyuan.)

Ketegangan berterusan di Timur Tengah yang mendorong kenaikan harga minyak global dijangka memberi kesan langsung kepada kos perjalanan udara. Persatuan Jaminan Kualiti Industri Pelancongan Republik China hari ini memaklumkan bahawa beberapa syarikat penerbangan telah mula memberi notis kepada agensi pelancongan mengenai pelarasan naik surcaj bahan api mulai April.

Sehubungan itu, orang ramai yang merancang untuk melancong ke luar negara disaran agar mengeluarkan tiket penerbangan selewat-lewatnya sebelum akhir Mac bagi mengelakkan kos tambahan.

Menurut laporan, syarikat penerbangan Cathay Pacific selepas menaikkan surcaj bahan api pada Mac, dijangka akan melaksanakan satu lagi kenaikan pada April.

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam persatuan tersebut,  Li Chi-Yueh(李奇嶽), menjelaskan melalui kenyataan video bahawa konflik di Timur Tengah telah menyebabkan peningkatan kos operasi syarikat penerbangan, sekali gus mendorong pelarasan surcaj bahan api.

Beliau menambah, kadar kenaikan surcaj berbeza mengikut jarak penerbangan. Bagi laluan jarak dekat seperti Asia Tenggara, kenaikan dianggarkan sekitar NT$1,000 hingga NT$2,000, dan kesannya terhadap permintaan pelancong adalah terhad.

Namun bagi penerbangan jarak jauh ke Eropah dan Amerika Syarikat, kenaikan dijangka lebih ketara, dengan anggaran puluhan hingga ratusan dolar Amerika, bersamaan beberapa ribu dolar Taiwan. Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan pengguna lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan atau menangguhkan pembelian tiket.

Beliau turut menegaskan bahawa trend kenaikan harga minyak mentah global masih berterusan, dan penurunan kos bergantung kepada perkembangan situasi geopolitik di Timur Tengah.

Justeru, orang ramai yang telah merancang perjalanan dinasihatkan supaya membuat tempahan tiket lebih awal bagi mengelakkan kenaikan harga bermula April.

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解