Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Pameran Khas: “Rekod Jejak 30 Tahun Dr. Jane Goodall di Taiwan” Diadakan di Muzium Nasional Taiwan

29/03/2026 20:52
Editor: Aimei
Pameran Khas: “Rekod Jejak 30 Tahun Dr. Jane Goodall di Taiwan” Diadakan di Muzium Nasional Taiwan
Pameran Khas: “Rekod Jejak 30 Tahun Dr. Jane Goodall di Taiwan” Diadakan di Muzium Nasional Taiwan

Institut Jane Goodall dengan kerjasama Muzium Nasional Taiwan menganjurkan pameran khas bertajuk “Inspiring Hope Through Action: Dr. Jane Goodall in Taiwan 1996–2025”. Pameran ini turut memperkenalkan buku Reason for Hope serta mengimbas kembali persahabatan Prof. Jane Goodall dengan Taiwan yang telah terjalin selama 30 tahun. Pameran tersebut berlangsung di Cawangan Nanmen, Muzium Nasional Taiwan, dari 27 Mac hingga 12 April 2026.

Majlis perasmian yang diadakan pada Jumaat, 27 Mac, telah dihadiri oleh Pengarah Institut Jane Goodall, Cheryl Lai (賴秀如), Pengarah Muzium Nasional Taiwan, Chen Deng-chin (陳登欽), serta para rakan kerjasama lain.

Dalam ucapannya, Cheryl Lai berkata, “Jane Goodall bukan sekadar seorang penyelidik, tetapi juga seorang tokoh yang mendedikasikan seluruh hidupnya untuk menjadi teladan dan membawa harapan kepada orang lain. Beliau mengajar kita bahawa harapan bukan sekadar satu perasaan, tetapi niat yang lahir daripada pilihan yang kita buat setiap hari. Pameran ini bukan sahaja memberi penghormatan kepada Jane Goodall dan persahabatannya selama 30 tahun dengan Taiwan, malah turut mengenang setiap benih harapan yang telah beliau tanam di bumi ini, yang terus menyuburkan usaha pasukan Jane Goodall. Saya berharap setiap pengunjung yang hadir dapat merasai perjalanan hidup beliau serta kekuatan yang ditinggalkannya.”

Muzium Nasional Taiwan merupakan rakan akrab Prof. Jane Goodall dalam usaha mempromosikan pendidikan jangka panjang, mendekatkan masyarakat dengan alam semula jadi, serta memupuk kesedaran untuk melindungi bumi. Pameran ini menampilkan tiga fokus utama, iaitu permulaan perjalanan hidup beliau, tindakan dan pengaruhnya di Taiwan, serta usahanya dalam menyalakan harapan. Para pengunjung dapat menelusuri jejak langkah Prof. Jane Goodall, bermula daripada sifat ingin tahunya sejak kecil, sehinggalah kepada penglibatannya yang luas di Hutan Gombe, program Little Green Thumbs, Pusat Pemuliharaan Tanah Lembap Xiangshan, dan inisiatif alam sekitar yang telah menjangkau lebih seribu sekolah di seluruh Taiwan. Pada masa yang sama, Prof. Jane Goodall turut dianugerahkan Hadiah Tang pada tahun 2020. Rekod sumbangannya selama 30 tahun di Taiwan menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus tabah dan bersama-sama melindungi planet ini.

Pameran Khas Dr. Jane Goodall di Taiwan 1996–2025
Tarikh: 27 Mac – 12 April 2026
Lokasi: Muzium Nasional Taiwan – Cawangan Nanmen
Alamat: No. 1, Seksyen 1, Jalan Nanchang, Daerah Zhongzheng, Bandar Taipei

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解