Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language

Formosa Dream Chasers - Programs - RTI Radio Taiwan International-logo

Rancangan
| Sekilas
Kategori
Penyampai Jadual Rancangan
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Episod terakhir Suara Jelita di Rti Melayu

27/03/2026 Suara Jelita
Sing Yee
Sing Yee

Dengan berat hati, hari ini kita melangkah ke episod terakhir rancangan ini. Saya, Sing Yee, ingin mengucapkan selamat tinggal kepada semua pendengar yang setia bersama kami sepanjang perjalanan ini.

Dalam episod terakhir ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang niat dan tujuan di sebalik setiap topik yang dipilih sepanjang saya bersama Radio Taiwan Internasional. Setiap perbincangan, setiap cerita, dan setiap perkongsian bukan sekadar untuk menyampaikan maklumat, tetapi dengan harapan agar ia dapat memberi manfaat, inspirasi, dan sedikit nilai dalam kehidupan harian para pendengar.

Namun, sejujurnya, di sebalik harapan itu, saya sendiri juga telah menerima begitu banyak manfaat daripada rancangan ini. Melalui setiap episod, saya belajar, saya memahami, dan saya turut berkembang bersama anda semua. Sokongan, kesetiaan, dan kebersamaan para pendengar adalah sesuatu yang amat saya hargai dan tidak akan saya lupakan.

Terima kasih kerana sentiasa meluangkan masa untuk mendengar, menyokong, dan menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Walaupun rancangan ini sampai ke penghujungnya, kenangan dan makna yang kita bina bersama akan terus kekal.

Akhir kata, saya, Sing Yee, mengucapkan selamat tinggal dengan penuh rasa syukur. Semoga kita semua terus maju, sihat, dan bahagia dalam perjalanan masing-masing.

Jumpa lagi di lain waktu, di lain cerita. Terima kasih dan selamat tinggal.

We use cookies to provide you with a better browsing experience.

By continuing to browse this site, you agree to our Cookie Policy. Learn more about our Privacy Policy

I understand
00:00
00:00
0.5x 1x 1.5x 2x