Program ini membawa semangat untuk bersama-sama memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Melalui perkongsian idea, aktiviti budaya, dan penglibatan komuniti, Membina Bandar Membaca mengajak rakyat menjadikan membaca sebagai sebahagian daripada kehidupan harian. Dengan budaya membaca yang subur, kita bukan sahaja dapat memperluas pengetahuan, malah turut membina masyarakat yang lebih berfikir, berdaya cipta dan berjiwa maju.