Festival Arca Pasir Antarabangsa Fulong bermula sejak tahun 2008, hasil usaha sama antara Biro Pelancongan Taiwan dan Kerajaan Bandar Raya New Taipei, bertujuan memperkenalkan seni arca pasir dan menarik pelancong. Berdasarkan penilaian oleh Persatuan Arca Pasir Sedunia, pasir putih di Pantai Fulong adalah antara yang terbaik untuk dijadikan medium pengukiran pasir. Sejak itu, setiap tahun festival ini berjaya menarik penyertaan artis terkenal dari seluruh dunia serta memperkenalkan tema baru seperti “Dunia Disney” dan “Kerajaan Haiwan” untuk pelbagai kumpulan pengunjung.
Jom ikuti kami di rancangan ini- dengan pasir bercerita.
** Salam Taiwan adalah rancangan bahasa melayu meliput gaya hidup dan cerita kongisan yang menarik dari warga antarabangsa.
Jika anda ada pengalaman yang ingin dikongsikan/ dibahagikan kepada kita.
Silakan hubungi kami di emel: eric.ywk@rti.org.tw
Saya penyampai anda di Salam Taiwan.
Eric Yong
Penyampai Salam Taiwan
5hb Ogos, 2025
23/12/2025