Sempena Hari Membersih Pantai Antarabangsa, mari kita lihat isu ini. Sampah laut bukan sekadar isu alam sekitar. Ia adalah isu keselamatan awam dan kualiti hidup. Bila kita turun sendiri ke lokasi pembersihan pantai, jumlah sampah yang ada memang mengejutkan. Dan ia bukan semuanya datang dari aktiviti di pantai. Banyak juga yang datang dari tempat lain—dari daratan, dari bandar, dari sistem saliran yang kita jarang perhatikan.