Salah satu aktiviti istimewa sempena Bulan Nanyang di Muzium Istana Negara Bahagian Selatan ialah bengkel pembuatan wayang kulit pada 18hb Okt., seni tradisional yang penuh kehalusan dan warisan dan bengkel main wayang kulit pada 19hb Okt., semua di NPM- BHg Selatan, Chiayi.
Pendaftaran di: https://signup.npm.edu.tw/
🎨 Wayang kulit bukan sekadar seni persembahan, ia adalah medium cerita, kepercayaan dan identiti masyarakat Asia Tenggara. Jangan lepaskan peluang untuk menyentuh warisan ini dengan tangan anda sendiri.
Muzik dalam episode ini Lagu Hulubalang, kredit kepada Fusion Wayang Kulit, Malaysia.
Ambil kesempatan ini, mempelajari dan menikmati warisan Wayang Kulit yang unik ini, yang dibawa oleh Fusion Wayang Kulit.
Semua aktiviti budaya Melayu ini di Pameran Khas Tahunan NPM, Bhg. Selatan- Bulan Nanyang!
23/12/2025