🎧 RTI Wawancara | Episod 2: Saudara Yii – Dari Sarawak ke Taiwan, Bersama Keluarga dan Impian
Dalam episod kedua RTI Wawancara, kami menampilkan Saudara Yii, seorang pekerja ekspatriat dari Sarawak yang telah menetap di Taiwan bersama keluarganya selama lapan tahun. Beliau berkongsi pengalaman unik menyesuaikan diri dalam dunia kerja dan budaya perniagaan masyarakat Taiwan — dari kejutan budaya di tempat kerja hingga nilai-nilai yang berbeza dalam komunikasi dan pengurusan.
Lebih menarik, Saudara Yii tidak datang bersendirian. Beliau membawa bersama isteri dan anak-anak, yang kini telah menyesuaikan diri dengan kehidupan di Taiwan. Anak-anaknya bukan sahaja bersekolah di sini, malah sudah mula menyukai suasana persekolahan dan kehidupan harian mereka di persekitaran baharu ini.
Wawancara ini bukan sekadar tentang kerjaya, tetapi juga tentang keberanian, penyesuaian budaya, dan harapan keluarga yang merantau demi masa depan yang lebih baik. Untuk anda yang sedang mempertimbangkan kerjaya di luar negara, kisah Saudara Yii mungkin menjadi inspirasi dan panduan yang berguna.
🎙️ Dengarkan kisah penuh semangat ini hanya di RTI Melayu – suara rakyat Malaysia di perantauan.