Wawancara Bersama Chyntia – Pelajar Medan di Taiwan
RTI Melayu mempersembahkan siri wawancara eksklusif bersama Chyntia, seorang pelajar dari Medan 🇮🇩 yang kini melanjutkan pengajian Master di Taiwan 🇹🇼. Dalam episod ini, Cynthia berkongsi perjalanan akademik dan pengalaman hidupnya sebagai pelajar antarabangsa.
Chyntia menyingkap passionnya dalam bidang penerjemahan dan komunikasi massa, serta pengalaman menghadapi kejutan budaya di Taiwan.
Beliau turut memberi nasihat penting kepada pelajar yang bercadang datang belajar ke Taiwan.
Siri wawancara ini bukan sekadar kisah akademik, tetapi juga refleksi tentang impian, cabaran dan peluang yang ditemui oleh generasi muda merantau demi ilmu. 🌏✨
Jika anda ingin kongsi pengalaman anda di Taiwan, sila email kepada kami di eric.ywk@rti.org.tw
Terima kasih!
Eric Yong (Penyampai Salam Taiwan)