Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language

Formosa Dream Chasers - Programs - RTI Radio Taiwan International-logo

Rancangan
| Sekilas
Kategori
Penyampai Jadual Rancangan
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Pengalaman belajar Bahasa Mandarin Aizat

27/02/2026 Suara Jelita
Aizat
Aizat

Bayangkan… seorang pelajar dari MRSM, membesar dalam persekitaran yang langsung tiada Bahasa Mandarin, tiada rakan bertutur Mandarin, tiada subjek di sekolah, malah tiada asas pun dalam nada dan pinyin.

Namun hari ini, Aizat dicabar: dalam satu hari, bolehkah dia menyelami dunia Bahasa Mandarin.

Sehingga hari ini tidak terfikir, Aizat dapat mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Mandarin di Taiwan.

Perjalanannya bermula dengan self-learning, belajar sendiri melalui video, laman web dan aplikasi. Kemudian melangkah ke kelas formal untuk memahami sistem nada dan struktur ayat. Tidak cukup dengan itu, Aizat turut mencuba pembelajaran dalam talian bersama pengajar dari China, sebelum akhirnya menjejakkan kaki ke Taiwan untuk merasai sendiri suasana pembelajaran sebenar di universiti.

Daripada seorang pelajar MRSM yang tidak pernah terdedah kepada Bahasa Mandarin… adakah mungkin dalam satu hari dia mampu membayangkan dirinya duduk di dalam kelas sarjana muda, memahami kuliah, dan bertutur dalam bahasa yang sebelum ini begitu asing?

Apakah cabaran sebenar? Apa kejutan budaya yang ditemuinya? Ikuti kisah perjalanan pembelajaran Bahasa Mandarin Aizat, hanya di rancangan kami. 

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解