Skip to the main content block
::: Utama| Peta laman|
|
Language

Formosa Dream Chasers - Programs - RTI Radio Taiwan International-logo

Rancangan
| Sekilas
Kategori
Penyampai Jadual Rancangan
Berita Terpopular
繁體中文 简体中文 English Français Deutsch Indonesian 日本語 한국어 Русский Español ภาษาไทย Tiếng Việt Tagalog Bahasa Melayu Українська Panduan Laman Web

Kehidupan keluarga Puan Emma di Taiwan

03/03/2026 Salam Taiwan
Wawancara dengan Bu Emma di bilik rakaman Rti.
Wawancara dengan Bu Emma di bilik rakaman Rti.

🌟🎙Salam Taiwan – Episod 1 Bersama Bu Emma 🎙🌟

“Perjalanan kehidupan bukan melihat orang berlangkah jauh ke depan. Tetapi kita masih ke hadapan dengan langkahkita sendiri!”

Mengenai kejutan budaya, ternyata warga Taiwan memang begitu, bukan tidak perduli tapi lebih menghargai privasi dan ruang dan akan biasa menghulurkan tangan pada waktu!

Perbezaan budaya tidak boleh dibandingkan tetapi memahami, kita bersama bertoleransi / bersabar dan mampu membuka hati kita”

RTI Bahasa Melayu dengan bangga mempersembahkan episod pertama Salam Taiwan, menampilkan kisah inspirasi seorang pelajar PhD dari Indonesia, Septian Emma Dwi Jatmika (Emma). Berasal dari Yogyakarta, Emma kini berada di tahun keempat pengajian doktor falsafah dalam International Health Program di National Yang Ming Chiao Tung University (NYCU), Taiwan. 🎓🇹🇼

Dalam wawancara ini, Bu Emma berkongsi pengalaman hidup di perantauan sebagai pelajar PhD dan ibu kepada dua anak kecil. Beliau menceritakan cabaran menyesuaikan diri dengan bahasa dan budaya, mengatur masa antara keluarga dan akademik, serta bagaimana sokongan keluarga dan komuniti Indonesia-Muslim di Taiwan menjadi sumber kekuatan. 💪👩👧👦

Selain menuntut ilmu, Bu Emma aktif sebagai teaching assistant, bekerja sambilan, mengikuti latihan guru bahasa Indonesia, dan menjadi relawan. Kisah beliau membuktikan bahawa Taiwan bukan sekadar tempat belajar, tetapi juga ruang untuk bertumbuh dan membina ketahanan keluarga. 🌸📚

🎧 Jangan lepaskan episod penuh Salam Taiwan – “Hidup di Perantauan: Studi, Keluarga, dan Penyesuaian Budaya.”

#SalamTaiwan #RTIBahasaMelayu #PhDTaiwan #KisahInspirasi #PelajarIndonesia #TaiwanExperience #KeluargaDanStudi #RTI

 

Terima kasih!

Eric Yong (Penyampai Salam Taiwan)

eric.ywk@rti.org.tw

 

為提供您更好的網站服務,本網站使用cookies。

若您繼續瀏覽網頁即表示您同意我們的cookies政策,進一步了解隱私權政策。 

我了解