🌟🎙️ Salam Taiwan – Episod 2 Bersama Aizat 🎙️🌟
RTI Bahasa Melayu kembali dengan episod kedua Salam Taiwan, menampilkan kisah menarik seorang pelajar Malaysia, Aizat, yang kini menuntut di National Taipei University (NTPU), Taiwan. 🎓🇹🇼
Dalam episod ini, Aizat berkongsi perjalanan penting yang membawanya ke Taiwan. Bermula dengan pengalaman belajar Bahasa Cina di Hualien, percubaan mempelajari Bahasa Jepun dengan teknik polyglot, hingga pertemuan yang mengubah arah tuju di pameran pendidikan Taiwan di KLCC. Dari situ, beliau akhirnya memilih Taiwan berbanding Jepun atau China sebagai destinasi akademik. 🌏✨
Pendengar akan dibawa menyelami pengalaman awal Aizat di NTPU, termasuk aktiviti bersama pelajar tempatan dan antarabangsa, cabaran menyertai pertandingan pengucapan awam Bahasa Cina, serta harapan beliau sepanjang pengajian. Kisah ini bukan sahaja tentang akademik, tetapi juga tentang keberanian membuat keputusan besar dan membina masa depan. 💪📚
📻 Ikuti episod penuh Salam Taiwan – “Keputusan ke National Taipei University (NTPU)” di RTI Bahasa Melayu.
#SalamTaiwan #RTIBahasaMelayu #PelajarMalaysia #TaiwanExperience #NTPU #BudayaDanStudi #RTI
Terima kasih!
Eric Yong (Penyampai Salam Taiwan)